Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
210. Akses kepada rekod
Feedback & supportSeseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis, membenarkan
Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat atau pegawai pengangkutan awam darat mendapat akses kepada rekodnya jika Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu—
mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat.
Seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.