Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

217. Kuasa menangkap

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang—

(a)

yang didapati melakukan atau cuba untuk melakukan atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

(b)

yang dengan semunasabahnya disyaki oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan sebagai terlibat dalam melakukan atau cuba untuk melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1)

hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.

Report