Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

224. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Feedback & support
(1)

Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah

Akta ini boleh melalui perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Report