Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
215A. Pelantikan pegawai pengangkutan awam darat
Feedback & supportMenteri boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk suatu kad pengenalan hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah Akta ini dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.