Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

218. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Feedback & support
(1)

Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana

200 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

premis, supaya apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penjalanan suatu penyiasatan mengenai suatu kesalahan boleh didapati di mana-mana premis, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan, dan di premis itu menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda sedemikian, dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua boleh memberi kuasa kepada mana-mana mahkamah selain Mahkamah Tinggi untuk memberikan suatu waran untuk menggeledah bagi suatu barang pos, telegram atau dokumen lain yang berada dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan—

(a)

salinan mana-mana buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan;

(b)

mana-mana papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang menyatakan atau yang menyiratkan bahawa orang itu mempunyai suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

(c)

mana-mana dokumen, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(4)

Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang

Pengangkutan Awam Darat 201

di bawah subseksyen (3) atau seksyen 219 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain yang mengenainya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain mengenai kesalahan itu, dan ia boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(5)

Apabila perlu untuk menyebabkan seseorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau memindahkan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report