Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
223. Pelepasan buku, dokumen, dsb., yang disita
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 80, jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan telah disita di bawah Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah
Akta ini, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan
Persekutuan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa
Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.
Pengangkutan Awam Darat 205