Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
222. Senarai buku, dokumen, dsb., yang disita
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan disita menurut
Pengangkutan Awam Darat 203
Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang membuat penggeledahan itu—
hendaklah menyediakan—
suatu senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan
suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan
hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.
Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika premis itu tidak diduduki, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah menampalkan suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
204 Undang-Undang Malaysia AKTA 715