Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
213. Penyiaran maklumat
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menyiarkan apa-apa maklumat yang diterimanya semasa menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Bab ini.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan kepentingan komersial pihak-pihak yang dengannya maklumat itu adalah berhubungan sebelum menyiarkan maklumat itu.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak boleh menyiarkan apa-apa maklumat atau apa-apa bahagian mana-mana maklumat yang dizahirkan kepadanya jika penyiaran itu—
berkemungkinan akan menjejaskan perbicaraan adil seseorang; atau
akan melibatkan penzahiran yang tidak munasabah akan maklumat peribadi mengenai mana-mana individu, termasuklah orang yang telah mati, tetapi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menyiarkan suatu cabutan yang berhubungan dengan maklumat sedemikian dengan syarat bahawa butir-butir dalam cabutan itu tidak digubah
Pengangkutan Awam Darat 197
dalam apa-apa cara yang boleh menjejaskan atau memudaratkan orang yang memberikan maklumat itu.