Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
215. Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
Feedback & supportKetua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat di bawah Akta ini.
Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat yang dikehendaki dijalankan olehnya di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat,
Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah
Pengangkutan Awam Darat.
Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat,
Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah
Pengangkutan Awam Darat hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
198 Undang-Undang Malaysia AKTA 715