Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

227. Pelucuthakan buku, dokumen, dsb., yang disita

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 80, mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita boleh dilucuthakkan.

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

208 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah Akta ini, buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan

(6)

.

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh memberi, sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis bertulis kepada pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan yang dalam miliknya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dipegang bahawa dia menuntut buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu.

(5)

Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi keputusannya.

(6)

Majistret yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau

Pengangkutan Awam Darat 209

bahan itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan

Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita itu ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu,

Majistret hendaklah memerintahkan supaya buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(7)

Mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat.

Report