Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

216. Kuasa penyiasatan

Feedback & support
(1)

Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan boleh menyiasat aktiviti berhubung dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua pun dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mempunyai hak untuk hadir di tapak mana-mana kemalangan yang melibatkan suatu kereta api bagi maksud menyiasat kemalangan itu dan menyediakan suatu laporan penyiasatan dan syor untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa bagi maksud

Akta ini, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis daripada apa-apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap seperti yang

Pengangkutan Awam Darat 199

diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.

Report