Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

230. Kuasa tambahan

Feedback & support

Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan mana-mana buku, akaun, dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran atau notis yang disimpan oleh seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah

Akta ini;

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Pengangkutan Awam Darat 211

Kuasa penguatkuasaan pegawai polis, dsb.

Report