Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
228. Kos bagi memegang buku, dokumen, dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telah melakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar oleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan kembali dengan sewajarnya.
210 Undang-Undang Malaysia AKTA 715