Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
219. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Feedback & supportJika seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 218 penyiasatan akan terjejas atau keterangan
202 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 218 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.