Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

233. Section 233

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai pengangkutan awam darat, jika tidak berpakaian seragam apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan mana-mana dokumen yang menunjukkan identitinya itu sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat untuk dibawa oleh seorang pegawai pengangkutan awam darat.

(2)

Ia tidak menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, yang tidak berpakaian seragam, jika pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila dikehendaki oleh orang itu.

Pelbagai

Report