Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

239. Anggapan

Feedback & support

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, setakat yang perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduh, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan selainnya—

(a)

bahawa apa-apa pengangkutan penumpang di dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah untuk sewa atau upah;

(b)

bahawa apa-apa pembawaan barangan di dalam sesuatu kenderaan barangan atau kereta api, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah untuk sewa atau upah;

(c)

bahawa penumpang yang dibawa di dalam—

(i)

suatu kenderaan perkhidmatan awam dibawa sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;

218 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(ii)

suatu kenderaan pelancongan dibawa sebagai balasan bagi satu bayaran atau bayaran yang berasingan yang dibuat oleh mereka;

(iii)

suatu kereta api dibawa sebagai balasan bagi bayaran berasingan yang dibuat oleh mereka;

(d)

bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang sesuatu lesen vokasional di bawah Bab 6 Bahagian IV;

(e)

bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang sesuatu lesen jangka pendek atau lesen pengendali jangka pendek di bawah Bahagian III; atau

(f)

bahawa mana-mana orang bukanlah pemegang suatu lesen atau lesen pengendali di bawah Bahagian II, Bahagian III atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Report