Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

235. Pengkompaunan kesalahan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh menetapkan mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun.

(2)

Mana-mana orang yang berikut, iaitu —

(a)

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat;

(b)

Ketua Pegawai Polis, Pesuruhjaya Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi polis;

(c)

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan atau Pengarah bagi

Pengangkutan

Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang khusus diberi kuasa secara

214 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;

(d)

Dato Bandar;

(e)

Perbadanan Putrajaya; atau

(f)

seseorang pegawai pihak berkuasa yang berkenaan yang diisytiharkan sebagai pihak berkuasa yang berkenaan di bawah perenggan (a) tafsiran “pihak berkuasa yang berkenaan” dalam seksyen 67 Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang khusus diberi kuasa secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan, boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh dikompaun di bawah subseksyen (1) dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada orang yang membuat tawaran untuk mengkompaun suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimumnya bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa lanjutan masa yang boleh diberikan oleh orang yang membuat tawaran untuk mengkompaun itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan,

Pengangkutan Awam Darat 215

kenderaan motor, peralatan atau bahan yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

(5)

Amaun yang dibayar berhubung dengan suatu kesalahan yang dikompaun di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan Wang.

Ketua

Pengarah

Pengangkutan

Awam

Darat hendaklah diberitahu tentang sabitan dan kompaun

Report