Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

240. Kebertanggungan pemunya berdaftar dan lain-lain berkenaan dengan kenderaan yang berkaitan

Feedback & support
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya kenderaan yang berkaitan hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya itu, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan perbuatan atau peninggalan itu.

(2)

Sekiranya berlaku apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pekhidmat, ejen atau pekongsi pemunya kenderaan yang berkaitan yang boleh menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini jika dilakukan oleh pemunya itu, pekhidmat, ejen atau pekongsi itu adalah juga bersalah atas kesalahan itu.

Pengangkutan Awam Darat 219

Report