Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

232. Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai pengangkutan jalan yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang dikatakan tahu akan fakta dan hal keadaan kes yang disiasat itu.

(2)

Sesiapa, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai pengangkutan jalan untuk memberikan maklumat di bawah seksyen ini, memberikan sebagai benar maklumat yang dia mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Jika apa-apa maklumat sedemikian dibuktikan tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripada maklumat itu telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.

212 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

Pegawai pengangkutan awam darat yang berpakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

Report