Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
237. Section 237
Feedback & supportApabila mana-mana orang disabitkan di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mengenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini, menentukan atau menilai amaun apa-apa tambang, tambang muatan, caj khas, surcaj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh orang itu kepada seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan memerintahkan amaun itu dibayar oleh orang itu kepada pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.
Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh menghalang untuk didapatkan kembali apa-apa tambang, tambang muatan, caj khas, surcaj, ganti rugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh mana-mana orang kepada seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan melalui tuntutan sivil di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa sivil.