Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
238. Peruntukan tentang keterangan
Feedback & supportSesuatu salinan lesen, lesen pengendali atau kelulusan, yang diperakukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebagai suatu salinan benar lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu, boleh diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan
Pengangkutan Awam Darat 217
asal salinan itu akan diterima sekiranya salinan asal itu telah dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu atau salinannya.
Apabila dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini perlu dibuktikan bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen, lesen pengendali atau kelulusan, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat dan memperakukan bahawa seorang ialah, atau bukan, pemegang lesen, lesen pengendali atau kelulusan itu, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang diperakukan dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi perakuan itu.