Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
234. Halangan
Feedback & supportMana-mana orang yang—
enggan untuk memberi mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat akses kepada mana-mana premis yang pegawai sedemikian berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai polis, pegawai
Pengangkutan Awam Darat 213
pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat itu berhak membuatnya di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini; atau
enggan untuk memberi mana-mana pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat apa-apa maklumat berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa
Ketua
Pengarah
Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat dan yang ada dalam pengetahuannya atau dalam kuasanya untuk memberikannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.