Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

243. Persubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang bersubahat dalam perlakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau sebagai pelanjutan kepada perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas

Pengangkutan Awam Darat 221

kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Report