/akn/my/act/act/1959/97

AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1959
Sections
93
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 is Malaysia Act, cited as Act 97 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta berhubungan dengan probet dan surat kuasa pentadbiran. [Malaysia Barat—1hb Februari 1960.]

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam menjadikan Akta ini berkuatkuasa di Sarawak Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian kepadanya sebagaimana yang difikirkannya perlu disebabkan oleh apa-apa ubahsuaian yang dibuat kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, di bawah seksyen 1(2) Akta itu.

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

"bermulanya kuatkuasa Akta ini" berhubungan dengan mana-mana Negeri ertinya tarikh Akta ini mula berkuatkuasa di Negeri itu;

"ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah mahkamah;

"Hakim Besar" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964;

"harta" termasuklah sesuatu benda dalam tindakan dan apa-apa kepentingan dalam harta alih atau tak alih;

"harta pusaka" ertinya semua harta yang jika seseorang mati tak berwasiat akan terletakhak pada Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah seksyen 39;

"jaminan" termasulah saham, dana atau syer;

"legasi kewangan" termasuklah sesuatu anuiti, sesuatu legasi am, sesuatu legasi demonstratif setakat yang tidak dikeluarkan daripada harta yang ditetapkan, dan apa-apa arahan am oleh seseorang pewasiat bagi pembayaran wang, termasuk segala duti kematian yang apa-apa devis, bekues atau pembayaran dijadikan berkuatkuasa bebas daripadanya;

"legasi tertentu" ertinya legasi harta yang ditentukan;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim dan termasuklah Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi dalam hal apabila mana-mana daripada mereka diberi kuasa untuk bertindak;

"orang tak sempurna akal" ertinya—

(a)

seseorang yang didapati di bawah seksyen 10 Ordinan Kecelaruan Mental 1952, sebagai tak sempurna akal dan tak upaya menguruskan dirinya dan hal-ehwalnya;

Suggest a correction

(b)

seseorang yang diperakui hilang akal oleh seorang pengamal perubatan dan oleh seorang Pegawai Perubatan Hospital Sakit Mental di bawah seksyen 4 Ordinan Orang Gila, Sabah; dan

Suggest a correction

(c)

seseorang yang didapati di bawah seksyen 5 Ordinan Kesihatan Mental 1961 Sarawak sebagai tak sempurna akal dan tak upaya menguruskan dirinya atau hal-ehwalnya, dan termasuklah mana-mana orang lain yang tak sempurna akal yang tak upaya menguruskan dirinya atau halehwalnya;

Probet dan Pentadbiran

"Pegawai Pentadbir Pusaka" ertinya Pegawai Pentadbir Pusaka, Malaysia, yang dilantik di bawah seksyen 78, dan termasuklah mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen itu;

“pembeli” ertinya seorang penerima pajak, pemegang gadai-janji atau orang lain yang dengan suci hati memperolehi suatu kepentingan mengenai harta dengan balasan bernilai, juga seorang bakal pembeli, dan “balasan bernilai” termasuklah perkahwinan, tetapi tidak termasuk sesuatu balasan nominal dalam bentuk wang;

"pemilikan" termasuklah penerimaan sewa dan untung atau hak untuk menerima sewa dan untung, jika ada;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar Mahkamah Tinggi dan termasuklah Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi;

"pentadbiran" ertinya berkenaan dengan harta pusaka orang sudah mati, surat kuasa pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah sama ada am atau terhad atau dengan wasiat terlampir atau selainnya yang memberikuasa orang atau orang-orang yang dinamakan dalamnya untuk mentadbirkan mengikut undang-undang harta pusaka orang sudah mati itu;

"pentadbir pusaka" ertinya seseorang yang kepadanya pentadbiran diberikan;

"perbadanan amanah" ertinya Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah Raya, atau sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, atau di bawah undang-undang bertulis yang bersamaan yang berkuatkuasa di Sabah atau Sarawak;

"perwakilan" ertinya probet bagi suatu wasiat dan pentadbiran, dan ungkapan "mengambil perwakilan" merujuk kepada pemerolehan probet bagi suatu wasiat atau pemberian pentadbiran;

"probet" ertinya suatu pemberian di bawah meterai Mahkamah yang memberikuasa wasi atau wasi-wasi yang dinamakan dalamnya untuk mentadbirkan harta pusaka pewasiat;

"si mati tak berwasiat" termasuklah seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tak berwasiat tentang sesuatu kepentingan benefisial mengenai harta alih atau tak alihnya;

“tindakan probet” ertinya suatu kausa atau perkara yang dalamnya suatu petisyen untuk mendapatkan probet atau pentadbiran dipertikaikan oleh mana-mana orang, dan termasuklah suatu permohonan untuk mengubah atau membatalkan apa-apa pemberian perwakilan;

"wakil diri" ertinya wasi, yang asal atau melalui perwakilan, atau pentadbir buat masa itu bagi seseorang orang sudah mati, dan berkenaan apa-apa liabiliti bagi pembayaran duti kematian termasuklah mana-mana orang yang mengambil milik atau campur tangan dalam harta seseorang orang sudah mati tanpa kuasa daripada wakilwakil diri atau Mahkamah;

"wasi" ertinya seseorang yang kepadanya pelaksanaan wasiat terakhir seseorang orang sudah mati adalah diamanahkan menurut lantikan pewasiat itu dan termasuklah seseorang yang disifatkan telah dilantik menjadi wasi berkenaan dengan tanah warisan terhad;

"wasiat" termasuklah apa-apa kodisil atau dokumen perwasiatan lain dan suatu wasiat istimewa yang sah di bawah seksyen 26 Akta Wasiat 1959, atau di bawah undang-undang bertulis yang bersamaan yang berkuatkuasa di Sabah atau Sarawak.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PEMBERIAN PERWAKILAN

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perlantikan seseorang wasi boleh dibuat secara nyata atau tersirat.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 4, jika beberapa orang wasi dilantik probet boleh diberikan kepada mereka semua serentak atau pada masa yang berlainan.

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana benefisiari ialah seorang budak, atau jika sesuatu kepentingan seumur hidup timbul di bawah wasiat atau atas kematian tak berwasiat, pentadbiran hendaklah diberikan sama ada kepada suatu perbadanan amanah (dengan atau tanpa seorang individu) atau kepada tidak kurang daripada dua orang individu:

Dengan syarat bahawa—

(a)

Mahkamah boleh menurut budi bicaranya dan atas apa-apa sebab khas yang difikirkannya patut, memberikan pentadbiran kepada seorang individu; dan

Suggest a correction

(b)

Mahkamah dalam memberikan pentadbiran boleh bertindak atas apa-apa keterangan prima facie yang diberikan oleh pemohon atau mana-mana orang lain, tentang sama ada ada atau tidak sesuatu kepentingan bagi seseorang orang belum dewasa atau kepentingan seumur hidup, sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika terdapat hanya seorang wakil diri sahaja (yang bukan suatu perbadanan amanah) maka, dalam masa seseorang benefisiari masih belum dewasa atau dalam masa masih ada sesuatu kepentingan seumur hidup, dan sehingga harta pusaka itu ditadbirkan dengan sepenuhnya, Mahkamah boleh atas permohonan mana-mana orang yang ada mempunyai kepentingan atau atas permohonan penjaga, jawatankuasa atau penerima mana-mana orang itu, atau atas kehendak Mahkamah sendiri, melantik mengikut kaedah-kaedah mahkamah seorang wakil diri atau lebih sebagai tambahan kepada wakil diri asal.

Suggest a correction

(4)

Seksyen ini terpakai bagi pemberian perwakilan yang dibuat selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa itu.

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Jika pentadbiran telah diberikan berkenaan dengan apa-apa harta pusaka seseorang orang sudah mati, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk membawa apa-apa tindakan atau selainnya untuk bertindak sebagai wasi orang sudah mati itu berkenaan dengan harta pusaka yang terkandung dalam atau yang tersentuh oleh pemberian itu sehinggalah pemberian itu ditarik balik atau dibatalkan.

Seksyen 7

Jika seseorang dilantik sebagai wasi oleh suatu wasiat—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menakat pewasiat itu tetapi mati tanpa mengambil probet wasiat itu;

Suggest a correction

(b)

dipanggil supaya mengambil probet wasiat itu tetapi tidak hadir untuk memenuhi panggilan itu; atau

Suggest a correction

(c)

menolak probet wasiat itu, haknya berkenaan dengan kewasian itu hendaklah terhenti sama sekali, dan perwakilan bagi pewasiat dan pentadbiran harta pusakanya hendaklah diturunkan dan diamanahkan mengikut cara yang sama seolah-olah orang itu telah tidak dilantik sebagai wasi.

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penolakan boleh dibuat secara lisan oleh orang yang menolak atau oleh peguambelanya, apabila apaapa petisyen atau tindakan probet didengar, atau secara bertulis dengan ditandatangani oleh orang yang menolak dan diakusaksi sama ada oleh seorang peguambela atau oleh mana-mana orang yang di hadapannya suatu afidavit boleh dibuat dengan bersumpah.

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang dinamakan sedemikan boleh memasukkan kehadiran bagi sitasi itu, tetapi jika dia mungkir dalam memasukkan kehadiran, dia hendaklah disifatkan telah menolak hak itu; dan jika, setelah memasukkan kehadiran dia tidak bertindak memohon untuk mendapatkan perwakilan, maka orang yang membuat sitasi sedemikian boleh memohon untuk mendapatkan perintah supaya orang yang dinamakan itu, melainkan jika dia memohon untuk mendapatkan dan mendapat suatu pemberian dalam masa yang dihadkan oleh perintah itu, hendaklah disifatkan telah menolak haknya kepada perwakilan itu, dan suatu perintah bolehlah dibuat dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(3)

Jika Mahkamah berpuas hati bahawa notis pendengaran mengenai pemberian perwakilan telah disampaikan sendiri kepada mana-mana orang yang berhak atau mungkin menjadi berhak kepada perwakilan itu, dan orang itu tidak memasukkan kehadiran atau tidak memfailkan apa-apa bantahan, maka orang itu hendaklah disifatkan telah menolak hak perwakilannya.

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Penolakan perwakilan, sama ada dibuat secara nyata mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen 8 atau secara konstruktif mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen 9 hendaklah menghalang orang yang membuat penolakan itu daripada memohon perwakilan kemudiannya:

Dengan syarat bahawa pada bila-bila masa Mahkamah boleh membenarkan orang yang menolak perwakilan itu menarik balik penolakannya bagi maksud mengambil suatu pemberian, jika dibuktikan bahawa penarikan balik itu ialah untuk faedah harta pusaka atau untuk faedah mereka yang mempunyai kepentingan di bawah wasiat atau atas kematian tak berwasiat.

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Selagi rantaian perwakilan tidak terputus, wasi yang terakhir dalam rantaian itu ialah wasi bagi tiap-tiap wasi yang mendahuluinya.

Suggest a correction

(3)

Rantaian perwakilan adalah terputus dengan—

(b)

kegagalan seseorang pewasiat untuk melantik seorang wasi; atau

Suggest a correction

(c)

kegagalan mendapatkan probet bagi wasiat, tetapi tidaklah terputus dengan pemberian sementara pentadbiran jika probet diberikan kemudiannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap orang dalam rantaian perwakilan seseorang pewasiat—

(a)

mempunyai hak yang sama berkenaan dengan harta pusaka pewasiat itu sebagaimana yang akan dipunyai oleh wasi asal sekiranya dia hidup; dan

Suggest a correction

(b)

adalah, setakat yang harta pusaka pewasi itu telah sampai ke tangannya, bertanggungjawab seolah-olah dia adalah seorang wasi asal.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pentadbiran boleh diberikan kepada mana-mana perbadanan amanah sama ada secara tunggal atau bersesama dengan seorang lain, dan perbadanan itu bolehlah bertindak sebagai pentadbir dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(3)

Perwakilan tidak boleh diberikan kepada seorang sindik atau penama bagi pihak mana-mana perbadanan amanah.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh perbadanan itu atau pengarah-pengarah atau badan pengelola perbadanan itu boleh membuat afidavit dengan bersumpah, memberikan jaminan, dan melakukan apaapa perbuatan atau perkara lain yang mungkin dikehendaki oleh Mahkamah bagi pihak perbadanan amanah itu dengan tujuan supaya perwakilan diberikan kepada perbadanan itu, dan perbadanan itu adalah terikat dengan perbuatan perbuatan pegawai itu dan pegawai itu adalah berhak supaya ditanggung rugi oleh perbadanan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang diberikuasa sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu.

Suggest a correction

(5)

Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila seseorang wasi atau pentadbir mati, pentadbiran boleh diberikan berkenaan dengan mana-mana harta pusaka yang tidak ditadbirkan dengan sepenuhnya, dan pada memberikan pentadbiran dalam mana-mana hal sedemikian Mahkamah hendaklah berpandukan kaedahkaedah yang sama seperti yang terpakai bagi pemberian-pemberian asal.

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Jika, selepas probet diberikan, suatu kodisil bagi wasiat itu dikemukakan, maka probet yang berasingan boleh diberikan bagi kodisil itu:

Dengan syarat bahawa jika kodisil itu membatalkan secara nyata atau tersirat perlantikan mana-mana wasi yang telah diberikan probet, maka probet itu hendaklah dibatalkan, dan suatu probet yang baru hendaklah diberikan bagi wasiat dan kodisil itu bersama.

Seksyen 16

Jika—

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada seorang pun wasi dilantik oleh suatu wasiat;

Suggest a correction

(b)

wasi atau semua wasi yang dilantik oleh wasiat tak upaya di sisi undang-undang untuk bertindak sedemikian, atau telah menolak;

Suggest a correction

(d)

semua wasi mati sebelum mendapat probet atau sebelum mentadbirkan semua harta pusaka si mati; atau

Suggest a correction

(e)

wasi-wasi yang dilantik oleh mana-mana wasiat tidak hadir dan tidak mengambil probet, maka surat kuasa pentadbiran dengan wasiat terlampir boleh diberikan kepada mana-mana orang atau orang-orang yang difikirkan oleh Mahkamah paling sesuai untuk mentadbirkan harta pusaka itu:

Dengan syarat bahawa hak keutamaan kepada pemberian itu hendaklah dipunyai oleh orang-orang yang berikut mengikut susunan yang berikut:

Suggest a correction

(i)

penerima legasi universal atau residuari;

(ii)

wakil diri kepada penerima legasi universal atau residuari yang telah mati;

Suggest a correction

(iii)

mana-mana orang atau orang-orang, iaitu benefisiari-benefisiari di bawah wasiat itu, yang sepatutnya berhak kepada pemberian surat kuasa pentadbiran jika si mati telah mati tak berwasiat;

Suggest a correction

(iv)

penerima legasi yang mempunyai kepentingan benefisial; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 15 hendaklah terpakai dalam hal pemberian surat kuasa pentadbiran dengan wasiat terlampir, mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai dalam hal pemberian probet; dan dalam mana-mana hal apabila pentadbiran dengan wasiat terlampir diberikan wasiat si mati hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi mengikut cara yang sama seolah-olah probet bagi wasiat itu telah diberikan kepada seorang wasi.

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Jika tiada wasiat si mati dapat dikemukakan dengan serta-merta tetapi ada sebab bagi mempercayai bahawa wasiat itu wujud, maka surat kuasa pentadbiran boleh diberikan, terhad sehingga wasiat itu atau suatu salinan yang disahkan bagi wasiat itu dikemukakan.

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Sementara menanti selesai apa-apa tindakan probet, surat kuasa pentadbiran boleh diberikan kepada manamana orang yang dilantik oleh Mahkamah, terhad supaya pentadbir itu tidak diberi kuasa untuk membahagibahagikan harta pusaka itu, dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa kawalan oleh, dan arahan, Mahkamah, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan tertakluk kepada had itu, pentadbir yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai semua hak dan kuasa seorang pentadbir am.

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika ada dua orang wasi belum dewasa atau lebih atau dua orang belum dewasa atau lebih yang berhak sedemikian, apa-apa pemberian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah terhad sehingga seorang atau mana-mana daripada mereka mendapat suatu pemberian perwakilan.

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Tiada perwakilan boleh diberikan kepada seseorang orang tak sempurna akal, tetapi jika mana-mana orang sedemikian, yang jika sempurna akalnya, adalah berhak kepada perwakilan, maka surat kuasa pentadbiran dengan atau tanpa wasiat terlampir, tertakluk kepada seksyen 4, boleh diberikan kepada orang yang telah diamanahkan secara sah di sisi undang-undang untuk menjaga harta pusaka orang tak sempurna akal itu, atau kepada mana-Probet dan Pentadbiran mana orang yang difikirkan patut oleh Mahkamah, bagi kegunaan dan faedah orang tak sempurna akal itu, sehingga dia menjadi sempurna akal dan mendapat suatu pemberian perwakilan bagi dirinya sendiri.

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang mati, dengan meninggalkan harta yang mengenainya dia tidak mempunyai kepentingan benefisial bagi pihaknya sendiri, dan tidak meninggalkan seorang wakil yang mampu dan sanggup untuk bertindak, maka surat kuasa pentadbiran, terhad setakat harta itu, boleh diberikan kepada orang yang mempunyai kepentingan benefisial mengenai harta itu, atau kepada mana-mana orang lain bagi pihaknya.

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa hal yang didapati perlu bagi pemeliharaan harta seseorang orang sudah mati, Mahkamah boleh memberikan kepada mana-mana orang yang difikirkan patut oleh Mahkamah, atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka, surat kuasa pentadbiran yang terhad setakat pemungutan dan pemeliharaan harta si mati itu, dan memberi pelepasan akan hutang-hutang yang kena dibayar kepada harta pusakanya, tertakluk kepada arahan-arahan Mahkamah; dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk melupuskan segala aset harta pusaka itu yang bersifat merosot atau mudah musnah dan melaburkan hasil jualan itu.

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Sesuatu pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran boleh dijadikan tertakluk kepada apa-apa kekecualian sebagaimana yang dikehendaki oleh wasiat atau hal keadaan perkara itu; dan dalam apa-apa perkara sedemikian suatu pemberian selanjutnya boleh dibuat bagi bahagian harta pusaka yang dikecualikan itu.

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu wasiat telah hilang atau tersalah letak selepas kematian pewasiat, atau jika sesuatu wasiat tidak dapat dikemukakan kerana apa-apa sebab yang mencukupi—

(a)

maka sekiranya salinan atau draf wasiat itu dikemukakan, dan didapati bahawa salinan atau draf itu adalah serupa kandungannya dengan wasiat yang asal, probet boleh diberikan bagi salinan atau draf wasiat itu, terhad sehingga wasiat yang asal dimasukkan untuk mendapatkan probet; dan

Suggest a correction

(b)

maka sekiranya tiada salinan atau draf wasiat yang dikemukakan, probet boleh diberikan bagi kandungan wasiat itu, jika ia dapat dibuktikan dengan secukupnya, terhad sebagaimana yang diperihalkan di atas, melainkan jika wasiat itu adalah suatu wasiat istimewa yang tidak bertulis.

Wasiat termusnah.

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu wasiat telah termusnah, dengan cara selain daripada disebabkan oleh perbuatan atau dengan persetujuan pewasiat, probet boleh diberikan bagi suatu salinan atau draf wasiat itu, atau bagi kandungannya, jika ia dapat dibuktikan dengan secukupnya.

Pentadbiran dengan salinan terlampir bagi salinan yang disahkan bagi wasiat yang dibuktikan di luar negeri.

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Apabila sesuatu wasiat telah dibuktikan dan didepositkan dalam suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten yang terletak di luar sempadan Malaysia, dan suatu salinan yang disahkan dengan sewajarnya bagi wasiat itu dikemukakan, maka probet boleh diberikan bagi salinan itu, atau surat kuasa pentadbiran boleh diberikan dengan salinan bagi salinan itu terlampir.

Pentadbiran apabila pemberian terhad tamat dan masih terdapat beberapa bahagian harta pusaka yang belum ditadbiran.

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Apabila sesuatu pemberian terhad telah tamat oleh kerana luput masa atau oleh kerana berlakunya peristiwa atau kontinjensi yang mengenainya pemberian itu telah dihadkan, dan masih terdapat lagi beberapa bahagian harta pusaka si mati yang belum ditadbirkan, maka surat kuasa pentadbiran boleh diberikan kepada orang-orang yang untuk mereka pemberian asal mungkin telah dibuatkan.

Orang yang tiada.

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang yang boleh menjadi berhak kepada perwakilan tidak berada di Malaysia, peruntukan peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(a)

jika seseorang wasi yang dilantik melalui wasiat tidak berada di Malaysia, dan tiada wasi lain di Malaysia yang sanggup untuk bertindak, maka surat kuasa pentadbiran dengan wasiat terlampir

Probet dan Pentadbiran boleh diberikan kepada seorang wakil wasi yang tiada itu, yang diberikuasa dengan sewajarnya, terhad sehingga dia mendapat probet bagi dirinya sendiri, dan buat sementara itu setakat apa-apa maksud yang mengenainya kuasa wakil itu terhad;

Suggest a correction

(b)

jika seseorang yang boleh diberikan surat kuasa pentadbiran dengan wasiat terlampir di bawah seksyen 16 tidak berada di Malaysia, maka surat kuasa pentadbiran dengan wasiat terlampir boleh diberikan kepada wakilnya yang diberikuasa dengan sewajarnya, terhad sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan (a);

Suggest a correction

(c)

jika seseorang yang berhak kepada surat kuasa pentadbiran dalam hal kematian tak berwasiat tidak berada di Malaysia, dan tiada seorang pun yang sama-sama berhak sanggup untuk bertindak, maka surat kuasa pentadbiran boleh diberikan kepada seorang wakil yang diberikuasa bagi orang yang tiada itu, terhad sehingga dia sendiri mendapatkan suatu pemberian; dan

Suggest a correction

(d)

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan seksyen 7 Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Pada memberikan pentadbiran, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan hak-hak semua orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta pusaka orang sudah mati itu atau mengenai hasil jualannya, dan, khususnya, pentadbiran dengan wasiat terlampir boleh diberikan kepada seorang penerima devis atau penerima legasi; dan berkenaan dengan tanah yang diselesaiuruskan sebelum kematian si mati, dan bukan mengikut wasiatnya, pentadbiran boleh diberikan kepada pemegang-pemegang amanah penyelesaiurusan itu; dan apa-apa pentadbiran sedemikian boleh dihadkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa, jika si mati itu mati tak berwasiat langsung tentang harta pusakanya, maka pentadbiran hendaklah, jika permohonan dibuat bagi maksud itu, diberikan kepada mana-mana satu atau lebih daripada orang-orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta pusaka residuari si mati, melainkan jika disebabkan oleh ketaksolvenan harta pusaka itu atau hal keadaan khas lain, adalah difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah untuk memberikan pentadbiran kepada mana-mana orang lain.

Kesan pemberian pentadbiran.

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap orang yang diberikan pentadbiran harta pusaka seseorang orang sudah mati, tertakluk kepada had yang terkandung dalam pemberian itu, hendaklah mempunyai hak dan liabiliti yang sama dan bertanggungjawab mengikut cara yang serupa seolah-olah dia adalah wasi si mati.

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

Jika, semasa apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai dalam mana-mana mahkamah oleh atau terhadap pentadbir yang telah diberikan pentadbiran sementara, pentadbiran itu dibatalkan, mahkamah itu boleh memerintahkan supaya prosiding itu diteruskan oleh atau terhadap wakil diri yang baru, mengikut cara yang sama seolah-olah prosiding undang-undang itu telah pada asalnya dimulakan terhadapnya, tetapi tertakluk kepada apa-apa syarat dan pengubahan, jika ada, yang diarahkan oleh mahkamah itu.

Kaveat.

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang mempunyai, atau yang menuntut bahawa dia mempunyai, apa-apa kepentingan, pada bila-bila masa selepas kematian seseorang orang sudah mati dan sebelum perwakilan bagi harta pusakanya diberikan, boleh memasukkan suatu kaveat am dalam borang yang ditetapkan, supaya tiada perwakilan boleh diberikan tanpa notis kepada pengkaveat itu; dan selepas kemasukan apa-apa kaveat sedemikian tiada perwakilan boleh dibuat sehinggalah pengkaveat itu telah diberikan peluang untuk mempertikaikan hak mana-mana pempetisyen untuk mendapatkan perwakilan.

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana probet atau surat kuasa pentadbiran boleh dibatalkan atau dipinda atas apa-apa sebab yang mencukupi.

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal pentadbiran-pentadbiran, sama ada dengan atau tanpa wasiat terlampir, orang yang untuknya pemberian itu telah dibuatkan atau yang bagi pihaknya pemberian telah dimeteraikan hendaklah memberikan jaminan bagi pentadbiran wajar akan harta pusaka;

Suggest a correction

(b)

tiada jaminan dikehendaki jika nilai kasar harta pusaka tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(2)

Jaminan hendaklah pada lazimnya berupa bon dalam borang yang ditetapkan yang diberikan oleh penerima pemberian itu dengan dua orang penjamin, dalam amaun yang mengikutnya harta pusaka yang berada dalam bidang kuasa dinyatakan dengan bersumpah, tanpa penolakan apa-apa hutang yang kena dibayar oleh si mati, selain daripada hutang-hutang yang bercagarkan gadai-janji atau gadaian; tetapi Mahkamah boleh atas apa-apa sebab yang mencukupi menambahkan atau mengurangkan bilangan penjamin-penjamin atau mengenepikan mereka, dan boleh mengurangkan amaun bon itu, dan Mahkamah pada menjalankan budi bicaranya hendaklah menimbangkan kedudukan pihak-pihak, jenis harta, amaun hutang dan takat kepentingan diri pentadbir dalam bahagian harta pusaka yang boleh diagihkan.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu perbadanan amanah telah mendapatkan pentadbiran ia tidaklah dikehendaki memberikan jaminan.

Suggest a correction

(4)

Apabila pentadbir mendapat hak ke atas kesemua harta pusaka selepas pembayaran hutang, penjaminpenjamin bagi bon pada lazimnya boleh dilepaskan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(5)

Penjamin-penjamin boleh dikehendaki oleh Pendaftar untuk memberikan justifikasi tentang kelayakan mereka.

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Apabila surat kuasa pentadbiran diberikan kepada seorang pemiutang, dia boleh dikehendaki mengikat suatu bon untuk membayar hutang-hutang si mati mengikut kadar, tanpa mengutamakan hutangnya sendiri.

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh, jika didapati yang syarat sesuatu bon pentadbiran telah dilanggar, memerintahkan supaya ia diserahhakkan oleh Pendaftar kepada seseorang yang telah dinamakan, yang sesudah itu adalah berhak untuk mendakwa bon itu atas namanya sendiri bagi pihak semua orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta pusaka yang berkenaan dengannya bon itu telah disempurnakan, seolah-olah bon itu pada asalnya telah dibuat bagi faedahnya.

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang pentadbir yang telah memberikan suatu bon di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dengan ini dimansuhkan, ada dalam milikannya apa-apa bahagian harta pusaka pewasiat atau si mati tak berwasiat dan terhalang daripada mentadbirkan harta pusaka itu sepenuhnya disebabkan oleh ketakdayaan untuk menentukan atau untuk berhubung dengan orang-orang yang berhak sebagai benefisiari kepada residu dalam tangannya, maka dia boleh mengekshibitkan dalam Mahkamah suatu akaun yang menunjukkan bagaimana harta pusaka itu telah ditadbirkan, dan, selepas akaun itu ditentusahkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, dengan kebenaran Mahkamah, boleh membayar ke dalam Mahkamah, atau jika diarahkan oleh Mahkamah membayar kepada suatu perbadanan amanah, residu dalam tangannya itu; dan selepas apa-apa pembayaran sedemikian Mahkamah hendaklah, melainkan jika sebab yang baik bagi sebaliknya ditunjukkan, melepaskan pentadbir itu dan penjamin atau penjamin-penjaminya (jika ada) daripada obligasi bon tersebut.

Bahagian III

BAHAGIAN III

KUASA-KUASA TAMBAHAN MAHKAMAH

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila suatu perintah pemberian pentadbiran dibuat oleh Mahkamah, semua harta sedemikian hendaklah terletakhak pada pentadbir.

Probet dan Pentadbiran

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana orang yang dinamakan sebagai wasi dalam mana-mana wasiat untuk membuktikan atau menolak probet wasiat dan melakukan apa-apa perkara lain berkenaan dengan mana-mana wasiat sebagaimana yang boleh dilakukan oleh Mahkamah Tinggi di England.

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan, jika didapati ada sebab bagi mempercayai bahawa mana-mana wasiat atau dokumen perwasiatan lain seseorang orang sudah mati ada dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana orang, atau bahawa mana-mana orang mengetahui tentang adanya wasiat atau dokumen sedemikian, memerintahkan supaya orang itu mengemukakan wasiat atau dokumen itu, dalam masa yang dinyatakan, di Pejabat Pendaftaran, atau hadir pada masa yang dinyatakan di hadapan Mahkamah, bagi maksud diperiksa berhubungan dengan dokumen itu.

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika tiada pentadbiran diambil bagi harta pusaka orang sudah mati yang mati tak berwasiat, dan yang asetnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, termasuklah amaun wang yang diarahkan supaya dibayar, dipindahkan atau diserahkan sedemikian kepadanya, maka wang itu boleh dibayar, dipindahkan atau diserahkan kepada orang yang, sebagai duda, balu, anak, bapa, ibu, adik-beradik lelaki atau perempuan si mati, adalah berhak mengambil pentadbiran bagi harta pusakanya apabila suatu akuan dibuat oleh orang itu dalam borang yang ditetapkan.

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh semasa mengambil akaun-akaun pentadbiran wasi-wasi atau pentadbir-pentadbir menjalankan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah oleh subseksyen (1).

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh semasa mengambil akaun-akaun pentadbiran wasi-wasi atau pentadbir-pentadbir menjalankan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah oleh subseksyen (1).

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang mati dengan meninggalkan harta dalam Malaysia, Mahkamah boleh, jika didapati daripada permohonan melalui usul oleh Pegawai Pentadbir Pusaka atau mana-mana orang yang menuntut mempunyai kepentingan dalam harta itu, atau yang menjaga atau mengawal harta itu pada masa kematian si mati, atau yang pada masa itu adalah seorang wakil atau pekerja si mati, bahawa harta itu menghadapi bahaya akan dibazirkan, melantik Pegawai Pentadbir Pusaka, atau manamana orang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah, menjadi seorang penerima bagi harta itu sementara menanti pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran.

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Fee yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) adalah sebagai tambahan kepada perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan oleh Pegawai Pentadbir Pusaka berkenaan dengan pentadbir harta itu, dan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan yang peratusan tersebut hendaklah dikira berdasarkan nilai kasar apa-apa harta, tanpa apa-apa potongan dibuat bagi amaun atau nilai apa-apa gadaian atau bebanan lain yang mengenainya harta itu mungkin tertakluk atau bagi apa-apa hutang yang kena dibayar oleh si mati, atau berdasarkan nilai bersih harta itu.

Suggest a correction

(4)

Pegawai Pentadbir Pusaka hendaklah mempunyai lien ke atas harta yang ditadbirkan olehnya bagi amaun perbelanjaan dan fee itu.

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Seseorang penerima yang dilantik di bawah seksyen 45 adalah tertakluk kepada segala kaedah mahkamah berhubungan dengan penerima amnya:

Dengan syarat bahawa tiada perbadanan amanah boleh dikehendaki untuk memberikan jaminan.

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah, mengalihkan atau cuba mengalihkan dari mana-mana tempat apa-apa bahagian harta yang mengenainya seorang penerima telah dilantik di bawah seksyen 45, atau memusnahkan, menyembunyikan atau enggan menyerahkan harta itu kepada Pegawai Pentadbir Pusaka atau penerima itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

Tiada guaman boleh dibawa terhadap Pegawai Pentadbir Pusaka atau penerima yang dilantik di bawah seksyen 45 berhubungan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan hendak dilakukan olehnya berkenaan dengan harta si mati pada menjalankan atau pada penjalanan yang dicadangkan akan kuasa-kuasa yang terletakhak padanya; tetapi mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau dicadangkan hendak dilakukan, boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan arahan mengenai perkara itu, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang adil dalam hal sedemikian.

Lien penerima.

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

Seseorang penerima yang dilantik di bawah seksyen 45 hendaklah mempunyai lien ke atas harta yang diamanahkan kepadanya bagi segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan olehnya dengan patut pada menjalankan tugas-tugasnya sebagai penerima sedemikian, dan bagi apa-apa saraan yang dibenarkan oleh Mahkamah.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PEMETERAIAN SEMULA PROBET DAN SURAT KUASA PENTADBIRAN YANG DIBERIKAN DI LUAR MALAYSIA

Seksyen 51

Dalam Bahagian ini—

Open as pageSuggest a correction

"Komanwel" hendaklah, bagi maksud-maksud Bahagian ini, disifatkan termasuklah, sebagai tambahan, mana-mana negara yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta supaya dimasukkan antara negara-negara yang baginya Bahagian ini terpakai;

"Mahkamah British di suatu negara asing" ertinya manamana Mahkamah British yang mempunyai bidang kuasa di luar Komanwel menurut suatu Perintah Baginda Queen Britain dalam Mesyuarat, sama ada yang dibuat di bawah mana-mana Akta Parlimen United Kingdom atau selainnya;

"Mahkamah Probet" ertinya mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa dengan apa juapun nama ditetapkan, yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara probet;

"probet" dan "surat kuasa pentadbiran" termasuklah pengesahan di Scotland dan apa-apa suratcara yang mempunyai kuatkuasa yang sama, dalam mana-mana bahagian Komanwel, sebagaimana yang diberikan kepada probet atau surat kuasa pentadbiran masing-masingnya di bawah undang-undang Malaysia.

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

Jika sesuatu Mahkamah Probet di mana-mana bahagian Komanwel telah, sama ada sebelum atau selepas lulusnya Akta ini, memberikan probet atau surat kuasa pentadbiran berkenaan dengan harta pusaka seseorang orang sudah mati, maka probet atau surat kuasa pentadbiran yang diberikan sedemikian, atau suatu salinannya yang diperakui, yang dimeteraikan dengan meterai mahkamah yang memberikannya, apabila dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dan suatu salinannya didepositkan di Mahkamah Tinggi itu, boleh dimeteraikan dengan meterai Mahkamah Tinggi itu, dan sesudah itu hendaklah sama berkuatkuasa dan berkesan, dan sama cara pelaksanaannya di Malaysia, seolah-olah ia adalah suatu pemberian yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu:

(a)

jika didapati bahawa si mati, pada masa kematiannya, tidak berdomisil dalam bidang kuasa mahkamah yang telah mengeluarkan pemberian, maka meterai itu tidak boleh dicapkan melainkan jika pemberian itu adalah yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi itu; dan

Suggest a correction

(b)

sebelum probet atau surat kuasa pentadbiran dimeteraikan dengan meterai Mahkamah Tinggi, Mahkamah itu boleh menghendaki apa-apa keterangan, jika ada, yang difikirkan patut olehnya tentang domisil orang sudah mati itu.

Suggest a correction

Seksyen 53

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa probet atau surat kuasa pentadbiran yang diberikan oleh suatu Mahkamah British dalam suatu negara asing boleh dimeteraikan di Malaysia mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 52, dan Bahagian ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya dengan ubahsuaian-ubahsuaian yang perlu.

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam hal pemakaian subseksyen (1) bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai Enakmen Duti Harta Pusaka 1941, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan peruntukan-peruntukannya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai undang-undang bertulis dan peruntukan-peruntukan undang-undang itu yang bersamaan yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak.

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Sebelum surat kuasa pentadbiran dimeteraikan di bawah Bahagian ini, pentadbir atau wakilnya hendaklah memberikan suatu jaminan melalui bon dalam borang yang ditetapkan bagi pentadbiran sewajarnya akan harta pusaka; dan jaminan itu hendaklah tertakluk kepada seksyen 35 berhubungan dengan jaminan yang kena diberikan dalam hal pemberian surat kuasa pentadbiran.

Seksyen 56

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pemiutang sedemikian boleh memberikan notis secara bertulis kepada Pendaftar, menghendaki supaya dia diberitahu mengenai apa-apa permohonan untuk memeteraikan suatu pemberian probet di bawah Bahagian ini; dan tiada pemberian sedemikian boleh dimeteraikan sebelum habis tempoh tujuh hari selepas suatu notis secara bertulis mengenai suatu permohonan untuk pemeteraian disampaikan kepada pemiutang itu.

Suggest a correction

Seksyen 57

Probet dan Pentadbiran

Open as pageSuggest a correction

Notis pemeteraian sesuatu pemberian di bawah Bahagian ini hendaklah dihantar dengan serta-merta oleh Pendaftar kepada mahkamah yang mengeluarkan pemberian itu.

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

Apabila notis telah diterima oleh Mahkamah mengenai pemeteraian semula suatu pemberian yang dikeluarkan di Malaysia, notis mengenai apa-apa pembatalan atau pengubahan mana-mana pemberian sedemikian hendaklah dihantar dengan serta-merta oleh Pendaftar kepada mahkamah yang memeteraikan semula pemberian itu.

Bahagian V

BAHAGIAN V

KUASA, HAK, TUGAS DAN OBLIGASI WAKIL

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seseorang wakil diri adalah mempunyai kuasa yang sama untuk mendakwa berkenaan dengan segala kausa tindakan yang menakat si mati, dan boleh menjalankan kuasa yang sama untuk mendapatkan hutang yang kena dibayar kepada si mati pada masa kematiannya sebagaimana yang dipunyai oleh si mati semasa hayatnya.

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(2)

Melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, tiada penjualan, pemindahmilikan, pemindahhakan atau persetujuan berkenaan dengan harta tak alih boleh dibuat tanpa persetujuan semua wakil diri si mati; dan tertakluk sebagaimana yang tersebut dahulu, jika ada beberapa orang wakil diri, maka kuasa kesemua mereka boleh dijalankan oleh salah seorang daripada mereka, jika tiada apa-apa arahan yang berlawanan dalam wasiat atau pemberian pentadbiran itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang wakil diri boleh menggadaikan, menggadaijanjikan atau selainnya melupuskan kesemua atau apa-apa harta yang terletakhak padanya, sebagaimana yang difikirkannya wajar, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang mungkin dikenakan bagi maksud ini oleh wasiat si mati, dan tertakluk kepada seksyen ini:

Dengan syarat bahawa seseorang wasi boleh melupuskan apa-apa harta walau apa pun apa-apa sekatan dikenakan sedemikian, jika dia melakukan sedemikian mengikut suatu perintah Mahkamah.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pentadbir tidak boleh, tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah—

(a)

menggadaijanjikan, menggadaikan atau memindahmilikkan dengan cara menjual, memberi, menukar atau selainnya apa-apa harta tak alih yang terletak di mana-mana Negeri dan yang pada masa itu terletakhak padanya; atau

Suggest a correction

(b)

memajakkan apa-apa harta sedemikian selama suatu tempoh yang melebihi lima tahun.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh seksyen 15 (2) Akta Pemegang Amanah 1949.

Suggest a correction

(6)

Pelupusan harta oleh seseorang wakil diri yang melanggari seksyen ini bolehlah dibatalkan atas kehendak mana-mana orang lain yang mempunyai kepentingan mengenai harta itu.

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang wakil diri membeli, sama ada secara langsung atau tak langsung, apa-apa bahagian harta si mati, penjualan itu boleh dibatalkan atas kehendak manamana orang lain yang mempunyai kepentingan mengenai harta yang dijual itu.

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

Wakil diri seseorang orang sudah mati hendaklah, apabila dikehendaki secara sah berbuat sedemikian, mengekshibitkan, melalui afidavit yang difailkan dalam

Probet dan Pentadbiran

Mahkamah, suatu inventori dan akaun yang benar dan sempurna mengenai harta alih dan tak alih si mati, dan Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa sebagaimana sebelum ini untuk menghendaki wakil-wakil diri mengemukakan inventori.

Seksyen 63

Jika—

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang yang tidak berdomisil di Malaysia telah mati meninggalkan aset di Malaysia dan juga di negara di mana dia berdomisil pada masa kematianya; dan

Suggest a correction

(b)

telah ada suatu pemberian perwakilan di Malaysia mengenai aset di sana dan suatu pemberian perwakilan di negara domisil mengenai aset dalam negara itu, maka wakil diri di Malaysia, selepas memberi notis wajar dan selepas menjelaskan, pada masa habisnya tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, segala tuntutan sah yang mengenainya dia telah mendapat notis, boleh, selain daripada dia sendiri membahagi-bahagikan apa-apa lebihan atau residu harta si mati kepada orang-orang yang bermastautin di luar Malaysia yang berhak kepadanya, memindahmilikkan, dengan persetujuan wakil diri di negara domisil itu, lebihan atau residu itu kepadanya untuk dibahagi-bahagikan kepada orang-orang itu.

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suatu pemberian perwakilan dibatalkan, segala pembayaran dan pelupusan yang telah dibuat dengan suci hati kepada seorang wakil diri di bawah pemberian itu sebelum pembatalannya adalah penjelasan yang sah oleh orang yang membuat pembayaran dan pelupusan itu; dan wakil diri yang telah bertindak di bawah perwakilan yang dibatalkan itu boleh menyimpan dan mendapatkan ganti bayarannya sendiri berkenaan dengan apa-apa pembayaran atau pelupusan yang telah dibuat olehnya yang sepatutnya dibuat oleh orang yang diberikan perwakilan kemudiannya.

Suggest a correction

(3)

Segala pemindahmilikan dan pemindahhakan apa-apa kepentingan mengenai harta alih dan tak alih yang dibuat kepada seseorang pembeli sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini oleh seseorang yang telah diberikan probet atau surat kuasa pentadbiran adalah sah, walau apa pun apa-apa pembatalan atau perubahan yang berikutannya akan probet atau pentadbiran itu, sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Seksyen ini berkuatkuasa tanpa menyentuh apaapa perintah Mahkamah yang dibuat sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini dan terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa itu.

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang, pada memfraudkan pemiutang-pemiutang atau tanpa balasan bernilai sepenuhnya, memperolehi, menerima atau memegang apa-apa harta alih atau tak alih seseorang orang sudah mati atau membuat pelepasan apa-apa hutang atau liabiliti yang kena dibayar kepada harta pusaka si mati, maka dia hendaklah dipertanggungkan sebagai wasi kerana kesalahannya sendiri setakat harta yang telah diterimanya atau yang masuk ke dalam tangannya, atau hutang atau liabiliti yang dilepaskannya, selepas ditolak—

(a)

apa-apa hutang bagi balasan bernilai dan tanpa fraud yang kena dibayar kepadanya oleh orang sudah mati itu pada masa kematiannya; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa pembayaran yang telah dibuat olehnya yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil diri.

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang yang bertindak sebagai wakil diri seseorang orang mati (termasuklah wasi kerana kesalahannya sendiri) membazirkan atau menjadikan untuk kegunaannya sendiri apa-apa bahagian harta alih atau

Probet dan Pentadbiran tak alih si mati itu, dan mati, maka wakil dirinya adalah, setakat aset pemungkir itu yang ada, bertanggungan dan boleh dikenakan membayar berkenaan dengan pembaziran atau menjadikan untuk kegunaannya sendiri itu, mengikut cara yang sama sebagaimana yang pemungkir itu boleh dipertanggungkan dan dikenakan membayar jika dia masih hidup.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

PENTADBIRAN ASET

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(b)

Subseksyen ini adalah berkuatkuasa tanpa memudaratkan hak pembeban-pembeban.

Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang yang diturunkan kepadanya atau diberikan apa-apa kepentingan benefisial, atau yang terletakhak padanya apa-apa kepentingan sedemikian, melupuskannya dengan suci hati sebelum suatu tindakan dibawa atau suatu proses dikeluarkan terhadapnya, dia hendaklah bertanggungan sendiri bagi nilai kepentingan yang dilupuskan sedemikian olehnya, tetapi kepentingan itu tidak boleh diambil sebagai pelaksanaan dalam tindakan atau di bawah proses itu.

Suggest a correction

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

(a)

tentang harta tak alih yang diamanahkan, tertakluk kepada seksyen 60, untuk dijualkan; dan

Suggest a correction

(b)

tentang harta alih yang diamanahkan, untuk diminta, dijual dan ditukarkan kepada wang apaapa bahagiannya yang tidak terdiri daripada wang, dengan kuasa untuk menangguhkan jualan dan penukaran itu selama suatu tempoh yang difikirkan patut oleh wakilwakil diri itu, tanpa bertanggungan untuk menjelaskannya, dan supaya apa-apa kepentingan kembalian tidak dijual sehingga ia dimiliki, melainkan jika wakil-wakil diri itu nampak sebab-sebab khas untuk menjualnya.

Suggest a correction

(2)

Daripada wang bersih yang akan diperolehi daripada jualan dan penukaran harta alih dan tak alih tersebut (selepas pembayaran kos), dan daripada wang si mati yang tersedia (setakat yang tidak dilupuskan melalui wasiatnya, jika ada), wakil-wakil diri hendaklah membayar segala perbelanjaan pengurusan mayat, perwasiatan dan pentadbiran, hutang dan liabiliti lain yang sepatutnya kena dibayar daripadanya, dan daripada residu wang tersebut wakil-wakil diri hendaklah menyimpan wang yang cukup untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa legasi kewangan yang dibekueskan melalui wasiat (jika ada) si mati.

Suggest a correction

(3)

Dalam masa mana-mana benefisiari masih belum dewasa atau dalam masa masih ada apa-apa kepentingan seumur hidup, dan sementara menanti pembahagian keseluruhan atau apa-apa bahagian harta pusaka si mati, wakil-wakil diri boleh melaburkan residu wang tersebut, atau sekian banyak daripadanya yang belum dibahagibahagikan, dalam apa-apa pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi pelaburan wang amanah, dengan kuasa, menurut budi bicara wakil-wakil diri itu, untuk menukarkan pelaburan itu dengan yang lain yang sejenis dengannya.

Suggest a correction

(4)

Residu wang tersebut dan apa-apa pelaburan pada masa ini yang merupakan residu wang, termasuklah (tetapi tanpa menyentuh amanah untuk jualan) apa-apa bahagian harta pusaka si mati yang mungkin disimpan tak berjual dan yang tidak dikehendaki bagi maksud-maksud pentadbiran yang tersebut dahulu, adalah dalam Bahagian ini disebut "harta pusaka residuari si mati tak berwasiat".

Probet dan Pentadbiran

Suggest a correction

(5)

Pendapatan (termasuklah sewa dan keuntungan bersih daripada harta tak alih selepas pembayaran kadar, cukai, sewa, kos insurans, pembaikan dan belanja pasti lain yang berkaitan secara berpatutan dengan pendapatan) daripada sekian banyak harta alih dan tak alih si mati yang tidak boleh dilupuskan melalui wasiatnya, jika ada, atau yang tidak dikehendaki bagi maksud pentadbiran yang tersebut dahulu, tidak kira bagaimana sekalipun harta pusaka itu dilaburkan, mulai dari kematian si mati, boleh dikira dan digunakan sebagai pendapatan, dan bagi maksud itu apa-apa pengumpukan yang perlu boleh dibuat antara tenan seumur hidup dengan penerima baki.

Suggest a correction

(6)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menjejaskan hak mana-mana pemiutang si mati atau hak Kerajaan berkenaan dengan duti harta pusaka.

Suggest a correction

(7)

Jika si mati meninggalkan wasiat, maka seksyen ini adalah berkuatkuasa tertakluk kepada wasiat itu.

Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hak retainer seseorang wakil diri dan haknya untuk mengutamakan pemiutang-pemiutang boleh dijalankan berkenaan dengan semua aset si mati, tetapi hak retainer hendaklah terpakai hanya bagi hutang-hutang yang terhutang kepada wakil diri itu atas namanya sendiri sama ada secara tunggal atau bersesama orang lain; dan tertakluk kepada yang tersebut dahulu, tiada apa-apa jua dalam Akta ini yang menjejaskan hak retainer seseorang wakil diri, atau haknya untuk mengutamakan pemiutang-pemiutang.

Suggest a correction

(3)

Jika harta pusaka seseorang orang sudah mati adalah solven maka, tertakluk kepada kaedah-kaedah mahkamah dan peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini tentang gadaian ke atas harta si mati, dan kepada peruntukan-peruntukan, jika ada, yang terkandung dalam wasiatnya, harta pusakanya hendaklah digunakan bagi menyelesaikan perbelanjaan pengurusan mayat, perwasiatan dan pentadbiran, hutang dan liabiliti yang kena dibayar daripadanya mengikut susunan yang disebutkan dalam Bahagian II Jadual Pertama.

Suggest a correction

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada niat yang bertentangan atau berlainan boleh disifatkan telah ditunjukkan—

(a)

melalui arahan am bagi pembayaran hutang atau hutang pewasiat daripada harta alihnya atau daripada harta pusaka residuarinya; atau

Suggest a correction

(b)

melalui suatu gadaian hutang ke atas mana-mana harta pusaka itu, melainkan jika niat itu ditunjukkan selanjutnya dengan perkataan secara nyata atau secara implikasi yang perlu dengan merujuk kepada semua atau beberapa bahagian gadaian itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang menyentuh hak seseorang yang berhak kepada gadaian untuk mendapatkan pembayaran atau penyelesaian mengenainya sama ada daripada aset lain si mati atau selainnya.

Suggest a correction

Seksyen 71

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang untuk menghendaki supaya suatu persetujuan, pemindahmilikan atau pemindahhakan dibuat.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 72

Probet dan Pentadbiran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada persetujuan sedemikian boleh menjadi sah melainkan jika disanksikan oleh suatu perintah Mahkamah dan dibuat melalui suatu pemindahmilikan dalam borang yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran hakmilik tanah.

Suggest a correction

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun apa-apa persetujuan, pemindahmilikan atau pemindahhakan sedemikian Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang atau seseorang lain yang mempunyai kepentingan—

(a)

memerintahkan supaya dilaksanakan suatu jualan, pertukaran, gadai janji, gadaian, pajakan, pembayaran, pemindahmilikan atau transaksi lain yang difikirkan perlu oleh Mahkamah bagi maksud menyempurnakan hak orang-orang yang mempunyai kepentingan;

Suggest a correction

(b)

menetapkan bahawa orang itu, yang bukan seorang pembeli, adalah pemegang amanah bagi maksud harta yang terletakhak padanya;

Suggest a correction

(c)

memberikan arahan berkenaan dengan penyediaan dan penyempurnaan apa-apa dokumen pemindahhakan atau suratcara lain, atau tentang apa-apa perkara lain yang dikehendaki bagi melaksanakan perintah itu; atau

Suggest a correction

(d)

membuat apa-apa perintah peletakhakan atau melantik seseorang untuk memindahhakkan mengikut peruntukan-peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidak memudaratkan hak seorang pembeli atau seseorang yang memperolehi hakmilik daripadanya, tetapi terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

(a)

sesuatu penguntukan yang memudaratkan apa-apa devis atau bekues tertentu tidak boleh dibuat di bawah seksyen ini;

Suggest a correction

(b)

sesuatu penguntukan harta si mati bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah, sama ada ia adalah atau bukan suatu pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh wasiat, jika ada, tidak boleh (kecuali sebagaimana yang disebutkan kemudian daripada ini) dibuat di bawah seksyen ini kecuali dengan persetujuan yang berikut:

Suggest a correction

(i)

jika dibuat untuk faedah seseorang yang berhak memilikinya secara mutlak atau benefisial, persetujuan orang itu; dan

(ii)

jika dibuat berkenaan dengan apa-apa legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan, sama ada persetujuan pemegang amanahnya, jika ada (yang bukan juga wakil dirinya), atau persetujuan orang yang mungkin pada masa ini berhak kepada pendapatan itu, dan jika orang yang persetujuannya dikehendaki sebagaimana yang tersebut dahulu adalah seorang orang belum dewasa atau gila atau cacat, maka persetujuan itu hendaklah diberikan bagi pihaknya oleh ibu bapanya atau ibu atau bapanya, penjaga menurut wasiat atau penjaga lain, jawatankuasa atau penerima, atau jika, dalam hal seseorang orang belum dewasa, tiada terdapat ibu bapa atau penjaga sedemikian, maka oleh Mahkamah, atas permohonan sahabat wakilnya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

tiada persetujuan (kecuali mengenai pemegang amanah sebagaimana yang tersebut dahulu) dikehendaki bagi pihak seseorang yang mungkin muncul selepas penguntukan dibuat, atau yang tidak dapat dijumpai atau ditentukan pada masa itu;

Suggest a correction

(d)

jika tiada jawatankuasa atau penerima bagi seseorang yang gila atau cacat telah dilantik, maka, jika penguntukan ialah mengenai suatu pelaburan yang dibenarkan oleh undang-undang atau oleh wasiat si mati, jika ada, bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu, maka tiada persetujuan dikehendaki bagi pihak orang gila atau cacat itu; dan

Suggest a correction

(e)

jika, tanpa mengira wakil diri, tidak ada pemegang amanah bagi sesuatu legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan, dan tidak ada orang yang cukup umur dan berkeupayaan penuh yang berhak kepada pendapatan daripadanya, maka tiada persetujuan dikehendaki bagi suatu penguntukan berkenaan dengan legasi, bahagian atau kepentingan itu:

Dengan syarat bahawa penguntukan itu ialah mengenai suatu pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang tersebut dahulu.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa harta yang diuntukkan dengan wajar di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen ini hendaklah selepas itu dikira sebagai suatu pelaburan yang dibenarkan, dan bolehlah disimpan atau diuruskan dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud apa-apa penguntukan sedemikian, wakil diri boleh menentukan dan menetapkan nilai bahagian-bahagian harta alih dan tak alih itu masing-masingnya dan liabiliti si mati sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, dan bagi maksud itu hendaklah menggunakhidmat seorang penilai yang berkelayakan sewajarnya dalam apa-apa hal di mana penggunaankhidmat itu perlu, dan boleh membuat apa-apa pemindahmilikan atau pemindahhakan (termasuklah suatu persetujuan) yang mungkin perlu bagi melaksanakan penguntukan itu.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu penguntukan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah mengikat semua orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta si mati yang persetujuan mereka adalah dengan ini tidak dijadikan keperluan.

Probet dan Pentadbiran

Suggest a correction

(5)

Pada membuat penguntukan itu, wakil diri hendaklah memberi perhatian kepada hak mana-mana orang yang mungkin muncul kemudian, atau yang tidak dapat dijumpai atau ditentukan pada masa penguntukan dibuat, dan mana-mana orang lain yang persetujuannya tidak dikehendaki oleh seksyen ini.

Suggest a correction

(6)

Seksyen ini tidaklah menjejaskan apa-apa kuasa lain mengenai penguntukan yang diberikan oleh undang-undang atau wasiat (jika ada) si mati, dan jika sesuatu penguntukan dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan, maka harta yang diuntukkan itu hendaklah masih tertakluk kepada semua amanah untuk jualan dan kuasa pemajakan, pelupusan dan pengurusan, atau untuk mengubah pelaburan, yang mungkin terpakai baginya atau bagi legasi, bahagian atau kepentingan yang berkenaan dengannya penguntukan dibuat, jika tidak ada penguntukan sedemikian dibuat.

Suggest a correction

(7)

Jika selepas apa-apa harta tak alih diuntukkan yang berupa sebagai menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini, orang yang kepadanya harta itu telah dipindahmilikkan atau dipindahhakkan melupuskannya atau apa-apa kepentingan mengenainya, maka, bagi faedah seseorang pembeli, penguntukan itu hendaklah disifatkan telah dibuat mengikut kehendak-kehendak seksyen ini dan selepas semua persetujuan yang dikehendaki, jika ada, telah diberikan.

Suggest a correction

(8)

Dalam seksyen ini, sesuatu legasi, bahagian atau kepentingan yang telah diselesaiuruskan termasuklah apaapa legasi, bahagian atau kepentingan yang mengenainya seseorang itu tidak berhak secara mutlak untuk memilikinya pada tarikh penguntukan itu, juga suatu anuiti, dan "pembeli" ertinya seseorang pembeli kerana wang atau sesuatu yang bernilai wang.

Suggest a correction

(9)

Seksyen ini terpakai sama ada si mati mati tak berwasiat atau tidak, dan sama ada sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini, dan meliputi harta yang ke atasnya seseorang pewasiat menjalankan kuasa am mengenai penetapan, dan membenarkan wang disimpan bagi membayar anuiti dengan menggunakan pendapatan daripada wang itu atau selainnya, tetapi tertakluk kepada seksyen 60.

Suggest a correction

Seksyen 75

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini, seseorang wakil diri telah menyimpan atau menjual apaapa devis, legasi, residu atau bahagian sedemikian, dan melaburkannya atau hasilnya dalam mana-mana pelaburan yang dia dibenarkan melaburkan wang di dalamnya

Probet dan Pentadbiran tertakluk kepada amanah itu, maka, tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini, dia tidaklah boleh disifatkan telah melakukan apa-apa tanggungan atas sebab itu, atau atas alasan tidak membayar atau memindahkan wang atau harta itu ke dalam Mahkamah.

Suggest a correction

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang, berbanding dengan wakil diri, menuntut milikan harta tak alih, atau perlantikan seorang penerima baginya, atau suatu pemindahmilikan atau pemindahhakan mengenainya, atau suatu persetujuan tentang peletakhakannya, atau untuk didaftarkan sebagai tuan punyanya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan arahan-arahan berkaitan dengannya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah peletakhakan atau perintah lain yang difikirkan patut, dan peruntukan-peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949, berhubungan dengan perintah-perintah peletakhakan dan perlantikan seseorang untuk memindahmilikkan atau memindahhakkan, hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Suggest a correction

Seksyen 77

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di atas, seseorang wakil diri tidak terikat untuk membahagibahagikan harta pusaka si mati sebelum habis tempoh satu tahun dari kematianya.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

KUASA PENDAFTAR, TIMBALAN PENDAFTAR, PENOLONG KANAN PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR

Seksyen 77A

Open as pageSuggest a correction

(b)

dalam semua hal yang dipertikaikan jika didapati bahawa nilai kasar harta pusaka si mati tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.

Suggest a correction

(2)

Semua Majistret Kelas Pertama, selain daripada Majistret ex-officio, adalah Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi bagi maksud mendengar dan memutuskan permohonan untuk mendapatkan probet atau surat kuasa pentadbiran di bawah seksyen ini jika didapati bahawa nilai kasar harta pusaka si mati tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memberikan probet atau surat kuasa pentadbiran dalam hal-hal itu dengan sewajarnya.

Suggest a correction

(3)

Tiada pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran boleh menjadi tak sah dengan terjumpa kemudiannya aset atau barang-barang si mati yang lebih tinggi nilainya daripada dua puluh lima ribu ringgit tetapi penerima pemberian itu hendaklah dikehendaki supaya memberikan apa-apa jaminan bagi pentadbiran sewajarnya akan harta pusaka itu yang sesuai dengan nilai tambahan itu.

Probet dan Pentadbiran

Suggest a correction

(4)

Melainkan jika dalam hal yang disebutkan dalam subseksyen (3) penerima pemberian mematuhi kehendak-kehendak subseksyen. itu tanpa berlengah-lengah, pemberian itu boleh dibatalkan atas kehendak Pendaftar atau atas permohonan mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kepentingan sebagai benefisiari atau pemiutang mengenai aset harta pusaka itu.

Suggest a correction

(5)

Melainkan jika Pendaftar memerintahkan selainnya dalam apa-apa hal tertentu, maka tiada jaminan dikehendaki jika nilai kasar harta pusaka itu tidak melebihi sepuluh ribu ringgit kecuali jika orang yang untuk kegunaan dan faedahnya pemberian itu dibuatkan ialah seorang belum dewasa.

Suggest a correction

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu harta pusaka yang kena diuruskan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil Akta (Pembahagian) 1955.

Suggest a correction

Bahagian VIII

BAHAGIAN VIII

PERLANTIKAN, KUASA DAN TUGAS PEGAWAI PENTADBIR PUSAKA

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pemegang Amanah Raya boleh memohon untuk mendapatkan apa-apa pemberian atau perintah yang Mahkamah diberikuasa untuk membuat.

Suggest a correction

(3)

Seseorang Timbalan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Kanan Pegawai Pentadbir Pusaka, Penolong Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pegawai Amanah hendaklah mempunyai dan bolehlah menjalankan segala kuasa Pegawai Pentadbir Pusaka dalam had yang ditentukan bagi pegawai sedemikian di bawah subseksyen (1), tetapi hendaklah bertindak di bawah kawalan dan pengawasan am Pegawai Pentadbir Pusaka.

Suggest a correction

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

Apabila surat kuasa pentadbir telah diberikan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka di bawah Akta ini, surat kuasa pentadbir tersebut dan harta pusaka si mati hendaklah berpindah dari Pegawai Pentadbir Pusaka ke Pegawai Pentadbir Pusaka pada masa itu yang sedang menjawat jawatan itu, tanpa apa-apa perintah Mahkamah atau apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau apa-apa jua suratcara lain.

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang tanpa kuasa atau alasan yang sah di sisi undang-undang mengalihkan atau cuba mengalihkan apa-apa bahagian harta itu atau memusnahkan, menyembunyikan, atau enggan menyerahkan harta itu kepada Pegawai Pentadbir Pusaka apabila diminta, adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Tiada guaman boleh dibawa terhadap Pegawai Pentadbir Pusaka bagi apa-apa jua yang dilakukan olehnya berhubungan dengan apa-apa harta sedemikian yang di bawah kuasa atau pelaksanaan atau pelaksanaan yang

Probet dan Pentadbiran dicadangkan akan kuasa-kuasa yang terletakhak padanya oleh subseksyen (1); tetapi mana-mana orang yang berasa terkilan dengannya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan tebus rugi.

Suggest a correction

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

Dalam hal-hal yang berikut, iaitu:

(a)

jika, selepas habis tempoh enam bulan dari kematian seseorang orang sudah mati, tiada permohonan dibuat untuk mendapatkan probet atau surat kuasa pentadbiran bagi harta pusakanya;

Suggest a correction

(b)

jika apa-apa permohonan sedemikian, walaupun telah dibuat dalam masa enam bulan tersebut, telah tidak diteruskan, atau telah ditarik balik atau ditolak dalam tempoh itu;

Suggest a correction

(c)

jika seorang penerima boleh dilantik di bawah seksyen 45, tetapi adalah didapati bahawa perlantikan itu tidak boleh memberi perlindungan yang secukupnya kepada harta pusaka itu;

Suggest a correction

(d)

jika, selepas kematian wasi atau pentadbir menakat yang terakhir bagi harta pusaka seseorang orang sudah mati, enam bulan telah luput dan tiada permohonan untuk mendapatkan perwakilan bagi harta pusaka itu dibuat, maka surat kuasa pentadbiran dengan atau tanpa wasiat terlampir bolehlah diberikan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka, atau kepada mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang Pegawai Pentadbir Pusaka daripada memohon untuk mendapatkan atau diberikan surat kuasa pentadbiran bagi harta pusaka seseorang orang sudah mati dengan atau tanpa wasiat terlampir sebelum habis tempoh enam bulan selepas kematian si mati.

Suggest a correction

Seksyen 82

Dalam hal-hal yang berikut, iaitu—

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika mana-mana orang yang telah menerima suatu pemberian pentadbiran dengan atau tanpa wasiat terlampir mengabaikan, dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberian itu, untuk memberikan apa-apa jaminan yang dia dikehendaki secara sah di sisi undang-undang untuk memberikan; atau

Suggest a correction

(b)

jika seseorang pentadbir tidak mengambil pemberian surat kuasa pentadbiran dalam masa yang munasabah selepas suatu perintah dibuat bagi suatu pemberian dikeluarkan, maka Pegawai Pentadbir Pusaka boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengetepikan perintah bagi pemberian itu dan supaya memberikan pentadbiran harta pusaka itu kepada dirinya sendiri.

Suggest a correction

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa nilai keseluruhan harta itu tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki oleh si mati atau yang si mati berhak kepadanya sebagai pemegang amanah dan bukan secara benefisial, tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa tiada petisyen untuk mendapatkan surat kuasa pentadbiran sedang menunggu penyelesaian, dia boleh, jika mengikut budi bicaranya difikirkan patut olehnya untuk berbuat sedemikian, secara bertulis dan ditandatangani olehnya mengisytiharkan bahawa dia mengakujanji untuk mentadbirkan harta itu, dan sesudah itu dia hendaklah diberikan kuasa untuk mentadbirkannya seolah-olah surat kuasa pentadbiran, dengan atau tanpa wasiat terlampir, bagi harta pusaka orang sudah mati itu telah diberikan kepadanya, dan resitnya hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi mana-mana orang yang membayar apa-apa wang atau menyerahkan apa-apa harta kepadanya; dan notis mengenai tiap-tiap perisytiharan sedemikian hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang sesuai.

Suggest a correction

(2)

(a)

Apabila Pegawai Pentadbir Pusaka berpuas hati bahawa nilai apa-apa harta sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dia bolehlah mengarahkan supaya harta itu atau mana-mana bahagiannya diserahkan, tanpa mengambil surat kuasa pentadbiran, kepada mana-mana orang atau orang-orang apabila dia berpuas hati tentang hakmilik pihak yang menuntut itu dan nilai harta itu yang dinyatakan dengan bersumpah atau ikrar pihak yang menuntut itu atau melalui apa-apa keterangan lain yang dikehendakinya dan dia bolehlah mengikut budi bicaranya mengambil apa-apa jaminan yang difikirkan olehnya patut bagi pentadbiran sewajarnya akan harta itu atau bagi perlindungan hak mana-mana orang lain.

(b)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang untuk mendapatkan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta yang diserahkan di bawah perenggan (a) daripada orang yang kepadanya ia telah diserahkan.

Suggest a correction

(c)

Jika tiada orang membuat apa-apa tuntutan ke atas apa-apa harta sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), maka harta itu bolehlah dijual atas arahan Pegawai Pentadbir Pusaka dan hasil jualan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan:

Dengan syarat bahawa, jika pada bila-bila masa selepas itu pemunya harta itu muncul dan menuntutnya, restitusi hendaklah dibuat ke atas tuntutan itu apabila ia dibuktikan sehingga memuaskan hati Pegawai Pentadbir Pusaka.

Suggest a correction

(d)

Jika harta itu tidak ketara nilainya atau nilainya adalah sebegitu kecil pada pendapat Pegawai Pentadbir Pusaka hingga menjadikannya tak praktik untuk dijual, maka Pegawai Pentadbir Pusaka bolehlah mengarahkan supaya harta itu dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kuasa yang diberikan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka oleh seksyen ini tidaklah menjejaskan kuasa untuk menguruskan, tanpa pemberian perwakilan, harta seseorang orang sudah mati yang diberikan kepada mana-mana orang lain oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain:

Dengan syarat bahawa tiap-tiap orang sedemikian hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka suatu akaun yang penuh dan benar mengenai apa-apa harta yang diuruskan olehnya dan hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, membayar atau menyerahkan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka apa-apa wang atau harta lain yang masih di bawah kawalannya.

Suggest a correction

(4)

Pada bila-bila masa sebelum pembahagian apaapa bahagian harta itu antara benefisiari-benefisiarinya di bawah seksyen ini, Pegawai Pentadbir Pusaka boleh, jika difikirkan suaimanfaat olehnya untuk berbuat sedemikian, walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat olehnya di bawah subseksyen (1), enggan untuk terus mentadbirkan harta yang dalam tangannya sehingga suatu perintah pembahagian atau suatu pemberian perwakilan diperolehi berkenaan dengan harta pusaka si mati itu.

Suggest a correction

(5)

Hasil jualan apa-apa harta yang diterima oleh Pegawai Pentadbir Pusaka mengikut seksyen 23 (2) Akta Polis 1967, hendaklah diuruskan mengikut cara yang sama sebagaimana yang harta itu diperintahkan supaya diuruskan oleh seksyen ini.

Suggest a correction

(6)

Seksyen ini tidaklah terpakai dalam hal harta si mati yang baginya Bahagian III atau IV Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 terpakai, tetapi, tertakluk kepada yang tersebut dahulu, hendaklah terpakai bagi semua Negeri.

Suggest a correction

Seksyen 84

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika nilai harta yang dipegang sedemikian melebihi dua puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi empat puluh ribu ringgit, Pegawai Pentadbir Pusaka boleh membuat pembayaran daripada wang modal setakat dua puluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(3)

Pembayaran di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh dibuat kepada ibu bapa atau penjaga orang itu atau selainnya sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai Pentadbir Pusaka mengikut budi bicaranya, dan sama ada terdapat atau tidak terdapat—

(a)

apa-apa wang lain yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi nafkah atau pendidikan orang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 85

Open as pageSuggest a correction

(a)

memudaratkan hak mana-mana orang untuk mengikuti harta yang merupakan harta yang sama, ke dalam tangan mana-mana orang, selain daripada seorang pembeli, yang mungkin telah menerimanya; atau

Suggest a correction

(b)

membebaskan Pegawai Pentadbir Pusaka daripada apa-apa obligasi untuk membuat carian yang serupa dengan carian yang seseorang bakal pembeli patut membuat atau mendapatkan.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini "Warta" ertinya Warta bagi Negeri dalam mana prosiding itu diadakan.

Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

(2)

Resit Pemegang Amanah Raya boleh diterima oleh Pegawai Pentadbir Pusaka atau wakil diri lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah menjadi suatu pelepasan yang penuh dan mencukupi berkenaan dengan wang itu.

Suggest a correction

(3)

Jika amaun yang masih terdapat dalam tangan Pegawai Pentadbir Pusaka dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) berkenaan dengan apaapa harta pusaka adalah kurang daripada satu ribu ringgit, maka wang itu hendaklah diuruskan mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 5 dan 7 Akta Wang Tak Dituntut 1965, seolah-olah wang itu adalah wang yang dibayar ke dalam mahkamah dengan menggantikan perkataan "lima belas tahun" dalam seksyen 5 Akta itu dengan perkataan "tiga tahun".

Suggest a correction

Seksyen 87

Open as pageSuggest a correction

Tiada pemberian surat kuasa pentadbiran atau probet yang dibuat sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini boleh disifatkan tak sah oleh sebab pemberian itu telah dibuatkan untuk Pegawai Pentadbir Pusaka, Malaysia, dan tidak kepada pegawai yang berkenaan di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh Akta ini.

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud memberikuasa kepada Pegawai Pentadbir Pusaka untuk mengambil dan menerima jumlah wang yang patut dibayar atau boleh diterima berkenaan dengan harta pusaka yang ditadbirkan olehnya dan membayar jumlah wang itu ke dalam satu atau lebih akaun bank yang kena dibuka atas namanya dan melupuskan apa-apa bunga yang diperolehi atas baki yang masih ada di dalamnya.

Pemansuhan.

Seksyen 89

Open as pageSuggest a correction

Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan di dalamnya.

Kecualian dan peralihan.

Seksyen 90

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada Akta ini Pegawai Pentadbir Pusaka, Malaysia, hendaklah disifatkan telah menggantikan tempat Ketua Pentadbir Pusaka, Sabah, dan tempat Pegawai-pegawai Probet di Sarawak.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

(Seksyen 69)

BAHAGIAN I

KAEDAH-KAEDAH TENTANG PEMBAYARAN HUTANG JIKA HARTA PUSAKA ITU TAK SOLVEN

1. Perbelanjaan pengurusan mayat, perwasiatan dan pentadbiran hendaklah diberikan prioriti.

2. Tertakluk kepada yang tersebut dahulu, kaedah-kaedah yang sama hendaklah dipakai dan dipatuhi tentang hak pemiutang bercagar dan tak bercagar masing-masingnya dan tentang hutang dan liabiliti yang boleh dibuktikan dan tentang penilaian anuiti dan liabiliti masa depan dan kontinjen masing-masingnya, dan tentang prioriti hutang dan liabiliti, sebagaimana yang sedang berkuatkuasa di bawah undang-undang kebankrapan mengenai aset orang-orang yang dihukum bankrap.

Probet dan Pentadbiran

BAHAGIAN II

SUSUNAN PENGGUNAAN ASET JIKA HARTA

PUSAKA ITU SOLVEN

1. Harta si mati yang tak dilupuskan oleh wasiat, tertakluk kepada wang yang mencukupi untuk membayar apa-apa legasi kewangan disimpan daripadanya.

2. Harta si mati yang tidak dideviskan atau dibekueskan secara spesifik tetapi dimasukkan (sama ada dengan suatu perihalan yang spesifik atau am) ke dalam suatu alang bakian, tertakluk kepada wang yang mencukupi untuk membayar apa-apa legasi kewangan disimpan daripadanya, setakat yang tidak diperuntukkan sebagaimana yang tersebut dahulu.

4. Harta si mati yang digadai, atau dideviskan atau dibekueskan (sama ada dengan suatu perihalan yang spesifik atau am) tertakluk kepada gadaian bagi pembayaran hutang.

3. Harta si mati yang diuntukkan atau dideviskan atau dibekueskan secara spesifik (sama ada dengan perihalan yang spesifik atau am) bagi pembayaran hutang.

5. Wang, jika ada, yang disimpan untuk membayar legasi kewangan.

6. Harta yang dideviskan atau dibekueskan secara yang spesifik, secara perkadaran mengikut nilai.

7. Harta yang ditetapkan oleh wasiat di bawah suatu kuasa am, secara perkadaran mengikut nilai.

(a)

susunan penggunaan boleh diubah oleh wasiat si mati;

8. Peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah juga terpakai:

(b)

bahagian ini dalam Jadual ini tidak menyentuh liabiliti tanah untuk membayar duti kematian yang dikenakan ke atasnya dengan melepaskan aset lain.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

Rujukan

(Seksyen 89)

Tajuk ringkas

N.N.S. Bab 51 ...

Takat pemansuhan

Ordinan Probet dan Pentadbiran

N.M.B. Bab 8 ...

Enakmen Probet dan Pentadbiran

Keseluruhannya

Keseluruhannya

RujukanTajuk ringkasTakat pemansuhanEnakmen Johor No. 22Enakmen Probet dan PentadbiranKeseluruhannyaEnakmen Kedah No.1Enakmen No. 1 (Pentadbiran Harta Pusaka)KeseluruhannyaEnakmen Trengganu No. 22/1356Enakmen Probet dan PentadbiranKeseluruhannyaEnakmen Kelantan No. 2 tahun 1930Enakmen Pentadbiran, 1930KeseluruhannyaPerlis No. 1 tahun 1338Enakmen Pentadbiran Harta Pusaka, 1338KeseluruhannyaOrdinan P.T.M. 34 tahun 19550rdinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian), 1955Bahagian IV kepadanyaOrdinan P.T.M. 43 tahun 19480rdinan Mahkamah, 1948Seksyen 105Sabah Bab 109...Ordinan Probet dan PentadbiranKeseluruhannyaSarawak Bab 80, 1948 Edisi SemakanOrdinan Pentadbiran Harta PusakaKeseluruhannya

Akta 97

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas Berkuatkuasa dari

Akta 7/64- s. 5 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 16-9-1963

P.U. 477/65- Per. 3(3) Perintah Kanun Tanah Negara (Pemansuhan dan Pindaan) 1965 23-12-1965

P.U. 18/67 ... Perintah Kanun Tanah Negara (Pemansuhan dan Pindaan) 1967 12-1-1967

Akta A128 ... Akta Probet dan Pentadbiran (Pindaan dan Perluasan) 1972 23-6-1972

Akta A246 ... Akta Probet dan Pentadbiran (Pindaan) 1974 15-3-1974

Akta 160 ... Akta Matawang Malaysia (Ringgit) 1975 29-8-1975

Akta A400 ... Akta Probet dan Pentadbiran (Pindaan) 1977 10-6-1977

Akta A508 ... Akta Probet dan Pentadbiran (Pindaan) 1981 6-2-1981

Akta A569 ... Akta Probet dan Pentadbiran (Pindaan) 1983 16-12-1983

Common questions

What is AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959?
AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 is Malaysia Act, cited as Act 97 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Is AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 still in force?
Yes — AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 is currently in force.
When did AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 take effect?
AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 was first recorded in 1959.
How many sections does AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 have?
AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 contains 91 sections.
Where can I read the official version of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959?
The official text of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 (No. 97) | mylaw.my