Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
153. Butir-butir tentang masa, tempat dan orang
Feedback & supportPertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir tentang masa dan tempat bagi kesalahan yang dikatakan itu dan orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan yang semunasabahnya mencukupi untuk memberikan makluman kepada tertuduh tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduh.
Apabila tertuduh itu dipertuduh atas pecah amanah jenayah atau penggelapan curang wang, adalah cukup untuk menyatakan jumlah wang kasar yang berkenaan dengannya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan dan tarikh yang antaranya kesalahan itu dikatakan telah dilakukan, tanpa menyatakan butiran tertentu atau tarikh yang tepat, dan pertuduhan yang dibentuk sedemikian hendaklah disifatkan sebagai suatu pertuduhan bagi satu kesalahan mengikut pengertian seksyen 164:
Dengan syarat bahawa masa yang termasuk antara tarikh yang pertama dengan yang terakhir tidak boleh melebihi satu tahun.
Kanun Tatacara Jenayah 123
Apabila tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penerbitan melalui cara elektronik, tempat penerbitan ialah tempat yang penerbitan itu dilihat, didengar atau dibaca oleh mana-mana orang.