Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
172. Pertuduhan hendaklah mengikut borang dalam Jadual Kedua
Feedback & support(1)
Semua pertuduhan yang atasnya seseorang itu dibicarakan di hadapan Mahkamah Tinggi hendaklah dibawa atas nama Pendakwa
Raya, dan hendaklah dengan seberapa hampir yang mungkin mengikut borang dalam Jadual Kedua dan hendaklah ditandatangani oleh
Pendakwa Raya atau seseorang yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya bagi maksud itu, dan dalam hal yang terkemudian itu perkataan
“Dengan kuasa Pendakwa Raya” hendaklah ditulis di hadapan tandatangannya.
(2)
Prosiding itu tidak terhenti atau tamat oleh sebab Pendakwa
Raya itu mati atau dipecat daripada jawatannya.
BAB XVIIIA
PROSES SEBELUM BICARA