Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
164. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam masa dua belas bulan boleh dipertuduh bersama
Feedback & supportApabila seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan yang sama jenisnya yang dilakukan dalam jangka masa dua belas bulan dari kesalahan yang pertama hingga yang akhir, sama ada berkenaan dengan orang yang sama atau tidak, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan itu yang tidak melebihi tiga.
Kesalahan adalah daripada jenis yang sama apabila kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman yang sama beratnya di bawah seksyen yang sama dalam Kanun Keseksaan, atau dalam mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa:
Dengan syarat bahawa, bagi maksud seksyen ini, sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 379, 380, 382, 392, 393, 394,
395, 396 atau 397 Kanun Keseksaan hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan yang sama jenisnya dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah mana-mana seksyen lain daripada seksyen-seksyen tersebut, dan bahawa sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan atau dalam mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai suatu kesalahan yang sama jenisnya dengan suatu percubaan untuk melakukan kesalahan sedemikian, apabila sesuatu percubaan sedemikian ialah suatu kesalahan.
128
Undang-Undang Malaysia