Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
167. Bila seseorang yang dipertuduh atas satu kesalahan boleh disabitkan atas satu kesalahan yang lain
Feedback & supportJika dalam hal yang disebut dalam seksyen 166 tertuduh itu dipertuduh atas satu kesalahan dan didapati daripada keterangan bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan yang berlainan yang
Kanun Tatacara Jenayah 131
baginya dia boleh dipertuduh di bawah peruntukan seksyen itu, dia boleh disabitkan atas kesalahan yang ditunjukkan telah dilakukan olehnya walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.
A dipertuduh mencuri. Didapati bahawa dia telah melakukan kesalahan pecah amanah jenayah, atau kesalahan menerima barang-barang curi. Dia boleh disabitkan atas pecah amanah jenayah, atau atas menerima barang-barang curi (mengikut mana-mana yang berkenaan) walaupun dia tidak dipertuduh atas kesalahan itu.