Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
172A. Persidangan sebelum bicara
Feedback & supportSeseorang tertuduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan dan minta dibicarakan hendaklah, melalui seorang peguam bela yang
Kanun Tatacara Jenayah 135
mewakilinya, mengambil bahagian dalam persidangan sebelum bicara dengan pihak pendakwaan sebelum permulaan pengurusan kes.
Suatu persidangan sebelum bicara hendaklah bermula dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tertuduh dipertuduh di Mahkamah atau pada bila-bila masa yang munasabah sebelum permulaan pengurusan kes itu.
Suatu persidangan sebelum bicara boleh dijalankan melalui apa-apa cara dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dipersetujui oleh peguam bela yang mewakili tertuduh itu dan pihak pendakwaan.
Semasa persidangan sebelum bicara, seorang peguam bela yang mewakili tertuduh boleh berbincang dengan pihak pendakwaan mengenai perkara yang berikut yang berhubungan dengan kes itu:
mengenal pasti isu fakta dan undang-undang;
mengehadkan isu yang dipertikaikan;
menjelaskan kedudukan setiap pihak;
memastikan pematuhan seksyen 51A;
membincangkan sifat kes bagi pihak pendakwaan dan pembelaan, termasuk apa-apa pembelaan alibi yang tertuduh boleh bergantung padanya;
membincangkan apa-apa perundingan akuan, dan mencapai apa-apa persetujuan yang mungkin mengenainya; dan
apa-apa perkara lain yang dipersetujui oleh peguam bela yang mewakili tertuduh dan pihak pendakwaan yang boleh membawa kepada pelupusan kes dengan cepat.
Semua perkara yang dipersetujui dalam persidangan sebelum bicara oleh peguam bela dan pihak pendakwaan hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh tertuduh, peguam bela dan pihak pendakwaan.
136
Undang-Undang Malaysia