In forceUpdated to 1 May 2023Current version · Updated to 1 May 2023
A tidak pernah dipertuduh atas apa-apa pembunuhan kecuali satu, dan telah mendengar siasatan di hadapan Majistret, yang merujuk secara eksklusif kepada kes James Smith. Mahkamah boleh membuat inferens daripada fakta ini bahawa A tidak terkeliru, dan bahawa kesilapan dalam pertuduhan itu tidak material.
(e)
A dipertuduh membunuh James Smith pada 5 Jun 1910, dan John Smith (yang cuba menangkapnya kerana pembunuhan itu) pada 6 Jun 1910. Apabila dipertuduh atas pembunuhan James Smith dia telah dibicarakan bagi pembunuhan John Smith.
Saksi yang hadir bagi membelanya ialah saksi dalam kes James Smith. Mahkamah boleh membuat inferens daripada ini bahawa A telah terkeliru dan bahawa kesilapan itu adalah material.