Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XVIII

172B. Pengurusan kes

Feedback & support
(1)

Seseorang Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen atau Hakim

Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memulakan sesuatu proses pengurusan kes dalam masa enam puluh hari dari tarikh tertuduh dipertuduh dan minta dibicarakan.

(2)

Semasa pengurusan kes, Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen atau Hakim hendaklah—

(i)

mengambil kira semua perkara yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh tertuduh dan peguam belanya dan pihak pendakwaan semasa persidangan sebelum bicara; dan jika perundingan akuan telah dipersetujui antara tertuduh dan peguam belanya dengan pihak pendakwaan semasa persidangan sebelum bicara, Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau

Hakim yang membicarakan kes itu hendaklah membuat keputusan mengenai kesukarelaan tertuduh dalam perundingan akuan itu mengikut peruntukan seksyen 172c;

(ii)

jika tiada persidangan sebelum bicara dijalankan atas alasan bahawa tertuduh tidak diwakili, berbincang dengan tertuduh dan pihak pendakwaan apa-apa perkara yang sepatutnya dipertimbangkan di bawah seksyen 172A;

(iii)

membantu tertuduh yang tidak diwakili untuk melantik seorang peguam bela untuk mewakili tertuduh;

(iv)

menentukan tempoh perbicaraan;

(v)

tertakluk pada subseksyen (3), menetapkan tarikh bagi permulaan perbicaraan;

(vi)

tertakluk pada persetujuan tertuduh dan peguam belanya, dan pihak pendakwaan, menerima mana-mana ekshibit; dan

Kanun Tatacara Jenayah 137

(vii)

memberikan arahan mengenai apa-apa perkara lain yang akan menggalakkan suatu perbicaraan yang adil dan cepat.

(3)

Suatu pengurusan kes yang berikutnya, jika perlu, boleh diadakan tidak kurang daripada dua minggu sebelum permulaan perbicaraan itu.

(4)

Perbicaraan itu hendaklah bermula tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh tertuduh dipertuduh.

(5)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (4), kegagalan bagi memulakan pengurusan kes atau perbicaraan mengikut tempoh masa yang dinyatakan dalam subseksyen itu tidak boleh—

(a)

menjadikan pertuduhan atau pendakwaan terhadap tertuduh itu cacat atau tidak sah; atau

(b)

diambil kira sebagai suatu alasan bagi rayuan, kajian semula atau semakan.

(6)

Walau apa pun peruntukan Akta Keterangan 1950, semua perkara yang telah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh tertuduh, peguam belanya dan pihak pendakwaan di bawah subseksyen 172A(5) boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan tertuduh itu.

Report

Bab XIX

Perbicaraan Terus Oleh Majistret

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules