Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
171. Penarikan balik pertuduhan yang tinggal selepas sabitan atas satu daripada beberapa pertuduhan
Feedback & supportApabila lebih daripada satu pertuduhan dibuat terhadap orang yang sama dan apabila satu atau lebih pertuduhan itu telah disabitkan, pegawai yang menjalankan pendakwaan itu boleh, dengan keizinan Mahkamah, menarik balik pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan yang tinggal, atau Mahkamah itu boleh atas kehendaknya sendiri menggantung siasatan atau perbicaraan ke atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu.
Penarikan balik atau penggantungan itu hendaklah mempunyai kesan sebagai suatu pembebasan daripada pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu, melainkan jika sabitan itu diketepikan, yang jika diketepikan Mahkamah tersebut (tertakluk pada perintah
Mahkamah yang mengetepikan sabitan itu) boleh meneruskan siasatan atau perbicaraan ke atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan yang ditarik balik atau tidak diteruskan sedemikian.