Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
166. Jika diragui kesalahan apa yang telah dilakukan
Feedback & supportJika suatu perbuatan atau siri perbuatan adalah sedemikian sifatnya sehingga diragukan kesalahan yang mana daripada beberapa kesalahan yang terjadi daripada fakta yang boleh dibuktikan, tertuduh boleh dipertuduh telah melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu; dan apa-apa bilangan pertuduhan itu boleh dibicarakan pada satu masa, atau dia boleh dipertuduh secara alternatif telah melakukan mana-mana satu kesalahan tersebut.
A dituduh melakukan suatu perbuatan yang boleh terjumlah kepada mencuri atau menerima harta curi atau pecah amanah jenayah atau menipu. Dia boleh dipertuduh mencuri, menerima harta curi, pecah amanah jenayah, dan menipu, atau dia boleh dipertuduh telah mencuri, atau menerima harta curi, atau pecah amanah jenayah, atau menipu.
A menyatakan dengan sumpah di hadapan Majistret yang membuat pengkomitan bahawa dia telah melihat B memukul C dengan suatu belantan. Di hadapan Mahkamah Tinggi A menyatakan dengan sumpah bahawa B tidak pernah memukul C. A boleh dipertuduh secara alternatif dan disabitkan dengan sengaja memberikan keterangan palsu walaupun ia tidak dapat dibuktikan yang manakah daripada pernyataan yang berlawanan ini yang palsu.