Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
159. Bila perbicaraan boleh diteruskan sebaik selepas pengubahan atau penambahan
Feedback & supportJika sesuatu pertuduhan dibentuk atau perubahan atau tambahan dibuat di bawah salah satu daripada seksyen 157 atau 158, Mahkamah hendaklah dengan segera memanggil tertuduh itu untuk membuat akuan terhadapnya dan untuk menyatakan sama ada dia bersedia untuk dibicarakan atas pertuduhan itu atau pertuduhan yang diubah atau yang ditambahkan itu. Jika tertuduh itu mengaku bahawa dia tidak bersedia,
Mahkamah hendaklah menimbangkan dengan sewajarnya sebab yang diberikan olehnya dan jika penerusan perbicaraan dengan segera tidak mungkin, pada pendapat Mahkamah, menjejaskan tertuduh dalam pembelaannya atau pendakwa dalam penjalanan kes itu, Mahkamah itu boleh, menurut budi bicaranya, selepas pertuduhan itu atau perubahan
126
Undang-Undang Malaysia atau tambahan itu dibentuk atau dibuat, meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan yang baharu atau yang diubah atau yang ditambahkan itu merupakan pertuduhan asal.