Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
163. Pertuduhan yang berasingan bagi kesalahan yang berlainan
Feedback & supportBagi tiap-tiap kesalahan yang berlainan yang atasnya mana-mana orang dituduh hendaklah ada suatu pertuduhan yang berasingan, dan tiap-tiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan, kecuali dalam hal yang disebut dalam seksyen 164,166 dan 170.
A dituduh mencuri pada satu kejadian, dan menyebabkan cedera parah pada suatu kejadian yang lain. A mestilah dipertuduh dan dibicarakan secara berasingan bagi kesalahan mencuri dan menyebabkan cedera parah itu.