Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
169. Apabila kesalahan yang dibuktikan termasuk dalam kesalahan yang dipertuduh
Feedback & supportApabila seseorang dipertuduh atas sesuatu kesalahan yang terdiri daripada beberapa butir, yang gabungan beberapa butir sahaja menjadi suatu kesalahan kecil yang lengkap, dan gabungan itu dibuktikan tetapi butir-butir yang tinggal tidak dibuktikan, dia boleh disabitkan atas kesalahan kecil itu walaupun dia tidak dipertuduh atasnya.
Apabila seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan dan fakta-fakta dibuktikan yang mengurangkannya menjadi suatu kesalahan kecil, dia boleh disabitkan atas kesalahan kecil itu walaupun dia tidak dipertuduh atasnya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan membenarkan pensabitan atas mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 131 atau 132 Kanun ini apabila tiada aduan telah dibuat sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen itu.
132
Undang-Undang Malaysia
A dipertuduh atas pecah amanah jenayah di bawah seksyen 407 Kanun
Keseksaan berkenaan dengan harta yang diamanahkan kepadanya sebagai seorang pembawa. Didapati bahawa dia telah melakukan pecah amanah jenayah di bawah seksyen 406 berkenaan dengan harta itu, tetapi bahawa harta itu tidak diamanahkan kepadanya sebagai seorang pembawa. Dia boleh disabitkan atas pecah amanah jenayah di bawah seksyen 406.
A dipertuduh menyebabkan cedera parah di bawah seksyen 325 Kanun
Keseksaan. Dia membuktikan bahawa dia telah bertindak kerana bangkitan marah besar dan mengejut. Dia boleh disabitkan di bawah seksyen 335 Kanun itu.