Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2023Read it in English
Contents

Bab XVIII

165. Perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan

Feedback & support
(1)

Jika dalam satu siri perbuatan yang sebegitu berkaitan antara satu sama lain sehingga membentuk transaksi yang sama lebih daripada satu kesalahan dilakukan oleh orang yang sama, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu.

(2)

Jika perbuatan yang dikatakan itu menjadi suatu kesalahan yang terangkum dalam dua takrif berasingan atau lebih dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang menurutnya kesalahan ditakrifkan atau dihukum, orang yang dituduh melakukan perbuatan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi setiap kesalahan itu.

(3)

Jika beberapa perbuatan, yang satu daripada perbuatan itu dengan sendirinya atau lebih daripada satu perbuatan itu dengan sendirinya akan menjadi suatu kesalahan, menjadi suatu kesalahan yang berlainan apabila digabungkan, orang yang dituduh melakukan perbuatan itu boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi kesalahan yang diwujudkan oleh perbuatan itu apabila digabungkan, atau bagi mana-mana kesalahan yang diwujudkan oleh mana-mana satu perbuatan itu atau lebih.

(4)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menyentuh seksyen 71 Kanun Keseksaan.

MISALAN bagi subseksyen (1)

(a)

A melepaskan B, seorang yang berada dalam jagaan yang sah, dan dalam berbuat demikian menyebabkan cedera parah kepada C, seorang konstabel yang dalam jagaannya B berada. A boleh dipertuduh dan dibicarakan bagi kesalahan di bawah seksyen 225 dan 333 Kanun Keseksaan.

(b)

A mempunyai beberapa meterai dalam milikannya, dengan mengetahui bahawa meterai itu ialah meterai lancung, dan berniat untuk menggunakannya bagi maksud melakukan beberapa pemalsuan yang boleh dihukum di bawah seksyen 446 Kanun Keseksaan. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas milikan setiap meterai di bawah seksyen 473 Kanun Keseksaan.

Kanun Tatacara Jenayah 129

(c)

Dengan niat untuk menyebabkan kecederaan kepada B, A memulakan suatu prosiding jenayah terhadapnya, dengan mengetahui bahawa tiada alasan yang patut atau sah bagi prosiding itu; dan juga dengan palsu menuduh B melakukan suatu kesalahan, dengan mengetahui bahawa tiada alasan yang patut atau sah bagi pertuduhan itu. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas dua kesalahan di bawah seksyen 211 Kanun Keseksaan.

(d)

A, dengan niat untuk menyebabkan kecederaan kepada B, dengan palsu menuduhnya melakukan suatu kesalahan, dengan mengetahui bahawa tiada alasan yang patut atau sah bagi pertuduhan itu. Semasa perbicaraan itu A memberikan keterangan palsu terhadap B, dengan demikian itu berniat untuk menyebabkan B disabitkan atas suatu kesalahan hukum mati. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 211 dan 194 Kanun Keseksaan.

(e)

A, dengan enam orang lain, melakukan kesalahan merusuh, menyebabkan cedera parah, dan mengamang seorang pekhidmat awam yang sedang berusaha, dalam menunaikan kewajipannya sebagai pekhidmat awam itu, untuk menyekat rusuhan itu. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 145, 325 dan 152 Kanun Keseksaan.

(f)

A mengugut B, C dan D pada masa yang sama untuk menyebabkan kecederaan pada diri mereka dengan niat untuk menyebabkan kegemparan kepada mereka. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas setiap satu daripada tiga kesalahan itu di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan-pertuduhan yang berasingan yang disebut masing-masing dalam misalan (a) hingga (f) boleh dibicarakan pada masa yang sama.

bagi subseksyen (2)

(g)

A dengan salah memukul B dengan suatu rotan. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 352 dan 323 Kanun

Keseksaan.

(h)

Beberapa karung jagung yang dicuri telah diserahkan kepada A dan B, yang mengetahuinya merupakan harta curi, bagi maksud menyembunyikannya. Sesudah itu, A dan B dengan sukarela membantu satu sama lain untuk menyembunyikan karung-karung itu di dasar suatu jelapang bijirin. A dan B boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 411 dan 414 Kanun

Keseksaan.

(i)

A mendedahkan anaknya dengan mengetahui bahawa dengan demikian itu dia mungkin menyebabkan kematian anaknya. Anak itu mati disebabkan oleh pendedahan itu. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 317 dan 304 Kanun Keseksaan.

(j)

A dengan curang menggunakan suatu dokumen palsu sebagai keterangan tulen dengan tujuan untuk mensabitkan B, seorang pekhidmat awam, atas suatu

130

Undang-Undang Malaysia kesalahan di bawah seksyen 167 Kanun Keseksaan. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 471 (dibaca dengan

466) dan 196 Kanun Keseksaan.

bagi subseksyen (3)

(k)

A melakukan rompakan terhadap B, dan dalam berbuat demikian dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada B. A boleh dipertuduh secara berasingan dan disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen 323, 392 dan 394 Kanun

Keseksaan.

Report

Bab XIX

Perbicaraan Terus Oleh Majistret

Bab XX

Bab XXI

Perbicaraan di Hadapan Mahkamah Tinggi Dengan Bantuan Pengapit

Bab XXII

Perbicaraan Dengan Juri di Hadapan

Bab XXIII

Juri dan Pengapit

Bab XXIV

Peruntukan Am Tentang Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXV

Kaedah Mengambil dan Merekodkan Keterangan dalam Siasatan dan Perbicaraan

Bab XXVI

Penghakiman

Bab XXVII

Hukuman dan Penjalanannya

Bab XXVIII

Penggantungan, Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab XXIX

Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VII

Rayuan dan Penyemakan

Bab XXX

Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi

Bab XXXI

Penyemakan

Bahagian VIII

Prosiding Khas

Bab XXXIII

Orang Tidak Sempurna Akal

Bab XXXIV

Prosiding dalam Hal Kesalahan Tertentu yang Menyentuh Pentadbiran Keadilan

Bab XXXV

Nafkah bagi Isteri-Isteri dan Anak-Anak

Bab XXXVI

Arahan bagi Sifat Sesuatu Habeas Corpus

Bahagian IX

Peruntukan Tambahan

Bab XXXVII

Pendakwa Raya

Bab XXXVIII

Jaminan

Bab XXXIX

Peruntukan Khas yang Berhubungan Dengan Keterangan

Bab XL

Peruntukan Tentang Bon

Bab XLI

Pelupusan Ekshibit dan Harta yang Menjadi Perkara Kesalahan

Bab XLII

Pemindahan Kes Jenayah

Bab XLIII

Ketidakteraturan dalam Prosiding

Bab XLIV

Pelbagai

Bab V

Bab V— Persubahatan

Bab V

Bab V— Persubahatan— (Samb.)

Bab V

Bab V— Persubahatan—(Samb.)

Bab VI

Bab Vi—Kesalahan Terhadap Negara

Bab VII

Bab VII —Kesalahan yang Berhubungan Dengan Angkatan Tentera

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam

Bab VIII

Bab VIII —Kesalahan Terhadap Ketenangan Awam—(Samb.)

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam

Bab IX

Bab IX — Kesalahan Oleh, atau yang Berhubungan Dengan Pekhidmat Awam—(Samb.)

Bab X

Bab X—Penghinaan ke Atas Kuasa Pekhidmat Awam yang Sah

Bab XI

Bab Xi—Keterangan Palsu dan Kesalahan Terhadap Keadilan Awam

Bab XII

Bab Xii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Syiling dan Setem Kerajaan

Bab XIII

Bab Xiii—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Timbang dan Sukat

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral Awam

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menyentuh Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XIV

Bab Xiv—Kesalahan yang Menjejaskan Kesihatan, Keselamatan, Keselesaan, Kesopanan dan Moral

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama

Bab XV

Bab Xv—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Agama—(Samb.)

Bab XVI

Bab Xvi—Kesalahan yang Menyentuh Tubuh Manusia

Bab XVII

Bab Xvii—Kesalahan Terhadap Harta

Bab XIX

Bab Xix—Mungkir Kontrak Perkhidmatan Secara Jenayah

Bab XX

Bab Xx—Kesalahan yang Berhubungan Dengan Perkahwinan

Bab XXI

Bab Xxi—Fitnah

Bab XXII

Bab Xxii—Ugutan Jenayah, Penghinaan dan Kegusaran

Schedules