Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XVIII
172C. Perundingan akuan
Feedback & supportSeseorang tertuduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan dan minta dibicarakan boleh membuat permohonan bagi perundingan akuan di Mahkamah yang kesalahan itu dikehendaki dibicarakan.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dalam Borang 28A Jadual Kedua dan hendaklah mengandungi—
perihalan ringkas mengenai kesalahan yang tertuduh itu dipertuduh;
138
Undang-Undang Malaysia
akuan oleh tertuduh yang menyatakan bahawa permohonan itu dibuat dengan sukarela olehnya selepas memahami jenis dan takat hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang bagi kesalahan yang tertuduh itu dipertuduh; dan
maklumat tentang sama ada perundingan akuan yang dimohon adalah berkenaan dengan hukuman atau pertuduhan bagi kesalahan yang tertuduh itu dipertuduh.
Apabila permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
diterima, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada Pendakwa Raya dan kepada tertuduh untuk hadir di hadapan Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran permohonan itu.
Apabila Pendakwa Raya dan tertuduh hadir pada tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran permohonan di bawah subseksyen (3),
Mahkamah hendaklah memeriksa tertuduh secara tertutup—
jika tertuduh tidak diwakili, tanpa kehadiran Pendakwa
Raya; atau
jika tertuduh diwakili oleh seorang peguam bela, di hadapan peguam belanya dan Pendakwa Raya, tentang sama ada tertuduh telah membuat permohonan itu dengan sukarela.
Apabila Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh telah membuat permohonan itu dengan sukarela, Pendakwa Raya dan tertuduh itu hendaklah meneruskan untuk bersama-sama bersetuju dengan penyelesaian kes yang memuaskan.
Jika Mahkamah berpendapat bahawa permohonan itu dibuat dengan tidak sukarela oleh tertuduh itu, Mahkamah hendaklah menolak permohonan itu dan kes itu hendaklah diteruskan di hadapan suatu Mahkamah lain mengikut peruntukan Kanun.
Jika penyelesaian yang memuaskan bagi kes itu telah dipersetujui oleh tertuduh dan Pendakwa Raya, penyelesaian yang
Kanun Tatacara Jenayah 139
memuaskan itu hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh tertuduh, peguam belanya jika tertuduh diwakili, dan Pendakwa Raya, dan Mahkamah hendaklah memberikan kuat kuasa kepada penyelesaian yang memuaskan itu sebagaimana yang dipersetujui oleh tertuduh itu dan Pendakwa Raya.
Sekiranya tiada penyelesaian yang memuaskan telah dipersetujui oleh tertuduh dan Pendakwa Raya di bawah seksyen ini,
Mahkamah hendaklah merekodkan pemerhatian itu dan kes itu hendaklah diteruskan di hadapan suatu Mahkamah lain mengikut peruntukan Kanun.
Dalam mencari penyelesaian yang memuaskan bagi kes itu di bawah subseksyen (5), menjadi kewajipan Mahkamah untuk memastikan bahawa proses perundingan akuan diselesaikan dengan sukarela oleh pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam proses perundingan akuan itu.