Jika suatu penyelesaian yang memuaskan bagi kes itu telah dipersetujui oleh tertuduh dan Pendakwa Raya di bawah seksyen 172C,
Mahkamah hendaklah, mengikut undang-undang, melupuskan kes itu mengikut cara yang berikut:
membuat apa-apa perintah di bawah seksyen 426; dan
jika penyelesaian yang memuaskan itu adalah berhubung dengan perundingan akuan bagi pertuduhan itu, mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan yang dipersetujui dalam penyelesaian yang memuaskan itu dan menghukum tertuduh itu dengan sewajarnya; atau
jika penyelesaian yang memuaskan itu adalah berhubung dengan perundingan akuan bagi hukuman, mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan itu dan—
memperlakukan tertuduh di bawah seksyen 293
atau 294; atau 140
Undang-Undang Malaysia
tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), menghukum tertuduh itu tidak melebihi separuh daripada hukuman pemenjaraan maksimum yang diperuntukkan di bawah undang-undang bagi kesalahan yang baginya tertuduh itu telah disabitkan.
Jika terdapat tempoh pemenjaraan minimum diperuntukkan di bawah undang-undang bagi kesalahan itu, tiada seorang pun tertuduh boleh dihukum dengan tempoh pemenjaraan yang kurang daripada tempoh minimum itu.
Subperenggan (1)(c)(ii) tidak terpakai jika—
dalam hal suatu kesalahan yang serius, tertuduh mempunyai sabitan terdahulu bagi kesalahan yang berkaitan atau yang sama;
jika kesalahan yang baginya tertuduh dipertuduh terangkum dalam yang berikut:
suatu kesalahan yang baginya hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang ialah denda sahaja;
suatu kesalahan yang baginya hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang ialah pemenjaraan selama hayat;
apa-apa kesalahan berkaitan seksual;
apa-apa kesalahan yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak yang berumur di bawah dua belas tahun; atau
apa-apa kesalahan lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendakwa Raya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Kanun Tatacara Jenayah 141
Bagi maksud perenggan (3)(a), “kesalahan serius” ertinya suatu kesalahan yang tempoh pemenjaraan maksimum yang boleh dikenakan adalah tidak kurang daripada sepuluh tahun, dan termasuklah apa-apa percubaan atau persubahatan untuk melakukan kesalahan itu.