Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

245. Cara penyampaian dokumen

Feedback & support
(1)

Penyampaian mana-mana dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—

(a)

dengan menghantar serah dokumen itu kepada orang itu atau dengan menghantar serah dokumen itu ke alamat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;

(b)

dengan meninggalkan dokumen itu di alamat kediaman orang itu yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaan orang itu dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu;

(c)

dengan menghantarkan dokumen itu melalui pos berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat kediamannya yang terakhir diketahui atau di tempat perniagaannya; atau

(d)

dengan menghantarkan dokumen kepada orang itu secara elektronik.

(2)

Sesuatu dokumen yang dikehendaki supaya disampaikan kepada pemilik, perbadanan pengurusan atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan menggunakan perihalan “pemunya”, “perbadanan pengurusan” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihalan lanjut dan boleh disampaikan dengan menghantar serah dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu atau, jika tiada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu dapat dihantar serah dengan usaha yang munasabah, dengan melekatkan dokumen di mana-mana bahagian yang mudah dilihat di premis itu.

(3)

Jika sesuatu dokumen diserahkan melalui pos dalam bentuk surat prabayar, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan pada hari yang berikutnya dokumen itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos.

(4)

Jika seseorang yang diserahkan dokumen melalui pos dengan surat prabayar diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat

Pengangkutan Awam Darat 223

prabayar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat prabayar itu, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan kepadanya pada tarikh ia dimaklumkan demikian.

Report