Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

246. Ketidaktepatan dalam dokumen

Feedback & support
(1)

Tiada kesilapan nama atau ketidaktepatan perihalan mana-mana orang, premis, pegangan, jalan atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam mana-mana dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud Akta ini boleh dengan apa-apa cara menyentuh kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan sedemikian rupa dalam dokumen itu sehingga boleh dikenal pasti.

(2)

Tiada prosiding yang diambil di bawah atau menurut kuasa Akta ini boleh menjadi tidak sah kerana ketidaktepatan bentuk.

Report

Bahagian XII

Schedules