/akn/my/act/act/2026/878

AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2026
Sections
88
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026 is Malaysia Act, cited as Act 878 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperkukuhkan khidmat bantuan guaman di Malaysia dengan mengadakan peruntukan bagi pemberian bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam kepada orang tertentu, mengadakan peruntukan bagi pelantikan Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan pegawai yang lain berhubung dengan penyediaan khidmat bantuan guaman kepada orang yang dibantu, dan pelantikan Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam berhubung dengan penyediaan khidmat pembelaan awam kepada tertuduh yang dibantu dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian atau peruntukan yang berlainan Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 878

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 878

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“akaun amanah” ertinya akaun amanah yang disebut dalam seksyen 14;

“bantuan guaman” ertinya khidmat bantuan guaman sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 15;

“hakim” ertinya—

(a)

hakim bagi mahkamah yang ditubuhkan oleh Bahagian

IX Perlembagaan Persekutuan dan termasuklah Hakim

Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau

Suggest a correction

(b)

hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah

Utama Syariah;

“kanak-kanak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];

“Ketua Pembela Awam” ertinya Ketua Pembela Awam yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“khidmat pembelaan awam” ertinya khidmat pembelaan awam menurut Bahagian IV;

“kos kepeguaman” ertinya kos yang berhak diterima oleh

Ketua Pengarah daripada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu bagi apa-apa tindakan guaman yang perlu diambil dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan bagi menjalankan apa-apa perkara kepeguaman yang timbul dalam apa-apa prosiding yang dikendalikan dalam mana-mana mahkamah;

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 11

“mahkamah” ertinya—

Suggest a correction

(a)

mahkamah yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX

Perlembagaan Persekutuan; dan

Suggest a correction

(b)

Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah,

Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Utama Syariah;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang dan bantuan guaman;

“orang yang dibantu” ertinya—

Suggest a correction

(a)

seseorang yang telah diberikan suatu perakuan bantuan guaman di bawah Bab 3 atau 4 Bahagian III; atau

Suggest a correction

(b)

seseorang yang telah diberikan khidmat bantuan guaman di bawah Bab 2 atau 5 Bahagian III;

“panel peguam” ertinya panel peguam di bawah seksyen 7 atau 8;

“pegawai pembela awam” ertinya seseorang pegawai pembela awam yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

“pegawai yang dilantik” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);

“peguam” ertinya—

Suggest a correction

(a)

bagi maksud mahkamah sivil dan jenayah, seseorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang diterima masuk sebagai peguam dan didaftaraikan di bawah

Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkenaan; dan

Suggest a correction

(b)

bagi maksud mahkamah syariah, seseorang Peguam Syarie yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah

Tinggi Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan atau mana-mana Negeri yang berkenaan, dan berdaftar di bawah

Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 2019 [Akta 814] atau mana-mana enakmen

Negeri yang berkenaan berhubung dengan profesion guaman syarie;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 878

“peguam yang ditugaskan” ertinya seseorang peguam daripada panel peguam yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihak Ketua

Pengarah atau Ketua Pembela Awam;

“pengantara” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 46;

“penjaga” berhubung dengan seseorang kanak-kanak, hendaklah termasuk mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Ketua

Pengarah untuk dilantik sebagai wakil litigasi, sahabat wakil atau penjaga ad litem kanak-kanak itu bagi maksud tindakan dan prosiding guaman yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah bagi faedah kanak-kanak itu;

“perkhidmatan elektronik” ertinya perkhidmatan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 62;

“teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;

“tertuduh yang dibantu” ertinya seseorang yang telah diberikan perakuan pembelaan awam di bawah Bahagian IV;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah

Bantuan Guaman yang dilantik di bawah subseksyen 3(1).

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

PENTADBIRAN

Bab

Bab 1

Pelantikan

Suggest a correction

Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan dan hendaklah mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan dan pengalaman dalam kepeguaman dan litigasi.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menumpukan sepenuh masa profesionalnya sebagai Ketua Pengarah dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan dan arahan am bagi segala perkara yang berhubungan dengan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam di seluruh Malaysia.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berhujah dalam semua mahkamah di Malaysia.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

tertakluk kepada pengawasan dan arahan am Ketua

Pengarah; dan

Suggest a correction

(b)

mempunyai dan melaksanakan segala kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini selain kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah secara khusus berhubung dengan—

Suggest a correction

(i)

penugasan panel peguam bagi prosiding sivil dan syariah; dan

(ii)

pemfailan dan pengendalian rayuan di bawah seksyen 33, 34 dan 35.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang bukan anggota perkhidmatan awam, hendaklah menerima saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri

Kewangan.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 878

Suggest a correction

(8)

Jika Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan kewajipannya bagi apa-apa tempoh atau jika jawatan

Ketua Pengarah menjadi kosong, Timbalan Ketua Pengarah yang paling kanan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah.

Pelantikan Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam

Suggest a correction

Seksyen 4

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pembela Awam di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan dan pengalaman dalam kepeguaman dan litigasi.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pembela Awam hendaklah menumpukan sepenuh masa profesionalnya sebagai Ketua Pembela Awam dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.

Suggest a correction

(5)

Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam hendaklah tertakluk kepada pengawasan dan arahan am Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(6)

Ketua Pembela Awam dan mana-mana pegawai pembela awam hendaklah berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berhujah dalam semua prosiding jenayah di Malaysia bagi tertuduh yang dibantu.

Suggest a correction

(7)

Bagi maksud Akta ini, pegawai pembela awam hendaklah mempunyai dan melaksanakan segala kuasa yang diberikan kepada

Ketua Pembela Awam di bawah Akta ini selain kuasa yang diberikan kepada Ketua Pembela Awam secara khusus berhubung dengan—

(a)

penugasan panel peguam untuk prosiding jenayah; dan

Suggest a correction

(b)

pemfailan dan pengendalian rayuan di bawah seksyen 60.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 15

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Walau apa pun perenggan (7)(a), Ketua Pembela Awam boleh mewakilkan kuasanya untuk menugaskan panel peguam dalam prosiding jenayah kepada pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1).

Suggest a correction

(9)

Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)

yang bukan anggota perkhidmatan awam, hendaklah menerima saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Arahan Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh membatalkan, mengubah, menyemak atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Pengawasan keseluruhan oleh Menteri

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan kepada Ketua

Pengarah yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan semua arahan itu.

Suggest a correction

Bab

Bab 2

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyiasat apa-apa permohonan bagi bantuan guaman dan membuat laporan yang berhubungan dengan siasatan itu;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 878

Suggest a correction

(b)

memberikan pendapat mengenai permohonan bagi bantuan guaman itu;

Suggest a correction

(d)

memberikan nasihat guaman di bawah peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh menyediakan panel peguam yang berasingan bagi maksud yang berlainan dan bagi mahkamah yang berlainan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana peguam boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, memohon kepada Ketua

Pengarah untuk namanya didaftarkan dalam mana-mana panel peguam bagi bantuan guaman.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana peguam yang ditugaskan untuk mewakili orang yang dibantu boleh hadir dan berhujah dalam semua mahkamah bagi pihak Ketua Pengarah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan mahkamah sivil atau syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Panel peguam bagi khidmat pembelaan awam

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyiasat apa-apa permohonan bagi khidmat pembelaan awam dan membuat laporan yang berhubungan dengan siasatan itu;

Suggest a correction

(b)

memberikan pendapat mengenai permohonan bagi khidmat pembelaan awam dan mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang timbul dalam prosiding yang melibatkan pemohon; dan

Suggest a correction

(2)

Ketua Pembela Awam boleh menyediakan panel peguam yang berasingan bagi maksud yang berlainan dan bagi mahkamah yang berlainan.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 17

Suggest a correction

(3)

Mana-mana peguam boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Ketua Pembela Awam, memohon kepada Ketua Pembela Awam untuk namanya didaftarkan dalam mana-mana panel peguam bagi khidmat pembelaan awam.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana peguam yang ditugaskan untuk mewakili tertuduh yang dibantu boleh hadir dan berhujah dalam semua mahkamah bagi pihak Ketua Pembela Awam menurut tatacara bagi prosiding jenayah.

Bayaran bagi peguam yang ditugaskan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Seseorang peguam yang ditugaskan adalah berhak bagi pembayaran untuk apa-apa bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam yang diberikan olehnya di bawah Akta ini, bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri.

Seksyen 10

Pemotongan nama peguam daripada panel peguam

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam boleh memotong nama seseorang peguam daripada mana-mana panel peguam bagi bantuan guaman atau panel peguam bagi khidmat pembelaan awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika—

(a)

sijil amalan peguam itu tidak lagi sah atas apa-apa sebab;

Suggest a correction

(b)

peguam itu telah meminta Ketua Pengarah atau Ketua

Pembela Awam untuk memotong namanya daripada panel;

Suggest a correction

(c)

peguam itu telah berkelakuan tidak profesional semasa bertindak bagi orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu, yang menyebabkan peguam itu tidak sesuai untuk dikekalkan dalam panel itu;

Suggest a correction

(d)

pada pendapat Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam—

Suggest a correction

(i)

peguam itu tidak sesuai untuk berada, atau untuk kekal, dalam mana-mana panel atas apa-apa sebab yang boleh menjejaskan kepentingan keadilan; atau

(ii)

adalah perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian atas isu integriti peguam itu; dan

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 878

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

peguam itu telah mengambil atau bersetuju untuk mengambil, atau meminta daripada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu apa-apa bayaran fi, keuntungan atau hadiah untuk faedah peguam itu pada masa itu dia—

Suggest a correction

(i)

menyiasat atau membuat apa-apa laporan berhubung dengan permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam;

(ii)

memberikan apa-apa pendapat di bawah mana-mana peruntukan Akta ini; atau

Suggest a correction

(iii)

mengendalikan apa-apa prosiding menurut apa-apa penugasan di bawah Akta ini.

Jawatankuasa disiplin untuk peguam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pembela Awam hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa di bawah perenggan 10(c), (d) atau (e), menasihati

Ketua Pengarah untuk membuat syor kepada Menteri untuk menubuhkan suatu jawatankuasa disiplin untuk menjalankan prosiding disiplin terhadap mana-mana peguam mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana peguam yang tertakluk kepada prosiding disiplin di bawah seksyen ini hendaklah diberi peluang untuk tunjuk sebab.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaksanakan apa-apa keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana peguam yang terkilan dengan keputusan Menteri atau mana-mana jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman atas keputusan itu.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 19

Bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam tidak boleh ditamatkan tanpa kebenaran

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peguam yang ditugaskan tidak boleh, tanpa kebenaran

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam, menamatkan khidmat bantuan guaman atau pembelaan awamnya melainkan jika—

(a)

peguam itu menamakan seorang peguam yang lain daripada panel peguam untuk menggantikannya; atau

Suggest a correction

(b)

prosiding itu boleh dikendalikan oleh mana-mana pegawai yang dilantik atau pegawai pembela awam.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab

Bab 3

Fi bagi khidmat bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pembayaran fi di bawah Akta ini hendaklah dibuat sebelum pengeluaran apa-apa perakuan atau pemberian perkhidmatan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Fi yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 878

Suggest a correction

Bab

Bab 4

Akaun amanah

Bahagian III

Bahagian III

KHIDMAT BANTUAN GUAMAN

Bab

Bab 2;

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan boleh memberikan khidmat nasihat guaman berhubung dengan kaedah bagi permohonan dan penentuan kelayakan untuk mendapat apa-apa khidmat bantuan guaman di bawah Bahagian ini atau khidmat pembelaan awam di bawah

Suggest a correction

(b)

bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 3;

Suggest a correction

(c)

khidmat pendamping guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 4; dan

Suggest a correction

(d)

khidmat pengantaraan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bab 5.

Suggest a correction

(2)

Khidmat bantuan guaman yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh disediakan kepada warganegara Malaysia sahaja kecuali dalam hal keadaan khas yang dibenarkan oleh Menteri demi kepentingan keadilan.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 21

Nasihat guaman

Suggest a correction

Ruang lingkup khidmat nasihat guaman

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV.

Permohonan bagi khidmat nasihat guaman

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Selepas menimbangkan permohonan, Ketua Pengarah boleh meluluskan penyediaan khidmat nasihat guaman kepada pemohon.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah boleh, selepas kelulusan diberikan, menasihati orang yang dibantu atau menugaskan seorang peguam daripada panel peguam untuk menasihati orang yang dibantu itu.

Suggest a correction

(5)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 878

Kaedah pemberian nasihat guaman

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam memberikan nasihat di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah juga boleh mengendalikan apa-apa siasatan ke atas kemampuan dan keadaan orang yang dibantu.

Sumbangan bagi khidmat nasihat guaman

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh menghendaki seseorang yang dibantu untuk membayar apa-apa sumbangan tambahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri jika Ketua Pengarah, selepas mengendalikan siasatan di bawah subseksyen 18 (2) atau selepas mendapat apa-apa maklumat lain daripada apa-apa sumber lain, mendapati bahawa seseorang yang dibantu itu mempunyai pendapatan yang melebihi had kelayakan berdasarkan kriteria dan ujian kemampuan yang ditetapkan oleh Menteri.

Bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction

Ruang lingkup bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) dan seksyen 25 dan 26, jika Menteri berpuas hati bahawa dalam apa-apa kesusahan yang tertentu demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian,

Menteri boleh membenarkan Ketua Pengarah untuk menyediakan bantuan guaman dalam apa-apa prosiding sivil dan syariah selain prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Permohonan bagi bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction

Seksyen 21

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Kuasa Ketua Pengarah untuk menyiasat

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengendalikan apa-apa siasatan yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kemampuan dan keadaan pemohon itu;

(iii)

keperluan untuk merujuk permohonan itu kepada

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat termasuklah

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri untuk suatu laporan mengenai kemampuan dan keadaan pemohon itu;

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 878

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menghendaki pemohon untuk menyediakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud menimbangkan permohonan itu;

Suggest a correction

(c)

menghendaki pemohon itu hadir sendiri di hadapan

Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik;

Suggest a correction

(d)

merujuk permohonan itu atau apa-apa hal perkara yang timbul dalam permohonan itu kepada mana-mana panel peguam untuk—

Suggest a correction

(i)

menyiasat fakta dan membuat suatu laporan berkenaan dengan fakta itu; atau

(ii)

memberikan apa-apa pendapat mengenai fakta itu atau mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang timbul dalam permohonan itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

mengambil atau mengarahkan supaya diambil apa-apa langkah yang perlu untuk memelihara kepentingan pemohon itu sementara menunggu keputusan permohonannya; dan

Suggest a correction

(f)

membayar perbelanjaan yang bersampingan dengan apa-apa hal perkara yang disebut di atas daripada wang yang diperuntukkan bagi maksud itu.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh menolak apa-apa pemohonan di bawah subseksyen (1) jika pemohon gagal untuk menyediakan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Pengeluaran perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction

Seksyen 23

Ketua Pengarah boleh—

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah untuk membawa, membela, meneruskan atau menjadi suatu pihak kepada prosiding itu; dan

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 25

Suggest a correction

(b)

pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Orang yang dibantu itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan layak untuk apa-apa hak dan keistimewaan, mengikut Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Perakuan bantuan guaman bagi semua kausa tindakan dalam prosiding syariah

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perakuan itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi apa-apa kausa tindakan yang belum selesai.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), dan tertakluk kepada seksyen 33, seseorang yang dibantu hendaklah memohon bagi perakuan bantuan guaman yang baharu jika dia berhasrat untuk merayu apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah rendah berhubung dengan mana-mana prosiding syariah yang telah selesai dan permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai permohonan baharu.

Kuasa tambahan untuk mengeluarkan perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah bagi membawa, membela, meneruskan atau menjadi suatu pihak kepada prosiding itu; dan

Suggest a correction

(b)

pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 878

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh, sebelum mengeluarkan perakuan bantuan guaman kepada pemohon yang disebut dalam subseksyen (1), menghendaki pemohon untuk membayar kepada Ketua Pengarah suatu sumbangan terhadap amaun yang kena dibayar atas akaun pemohon itu bagi maksud pemfailan di mahkamah dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (2) dan seksyen 24, Ketua

Pengarah boleh—

(a)

mengeluarkan perakuan bantuan guaman yang berasingan kepada pemohon bagi setiap kausa tindakan yang berbeza walaupun pertikaian itu melibatkan pihak yang sama;

dan

Suggest a correction

(b)

menghendaki pemohon untuk membayar sumbangan kepada Ketua Pengarah, bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, bagi setiap perakuan yang disebut dalam perenggan (a), dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Pengeluaran perakuan bantuan guaman selepas mendapat kebenaran Menteri dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh, sebelum mengeluarkan perakuan bantuan guaman di bawah subseksyen (1), menghendaki pemohon itu untuk membayar suatu sumbangan terhadap amaun yang genap masa dan kena dibayar atas akaun pemohon itu bagi maksud pemfailan di mahkamah dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun seksyen 24, Ketua Pengarah boleh—

(a)

mengeluarkan perakuan bantuan guaman yang berasingan kepada pemohon bagi setiap kausa tindakan yang berbeza walaupun pertikaian itu melibatkan pihak yang sama; dan

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 27

Suggest a correction

(b)

menghendaki pemohon untuk membayar suatu sumbangan kepada Ketua Pengarah, bagi apa-apa amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, bagi setiap perakuan yang disebut dalam perenggan (a), dan sumbangan itu hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Sumbangan daripada orang yang dibantu selepas mendapat perakuan bantuan guaman bagi prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika terdapat apa-apa lebihan sumbangan dalam akaun orang yang dibantu, orang yang dibantu itu boleh, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan bantuan guaman ditamatkan, memohon kepada Ketua Pengarah untuk lebihan sumbangan itu dibayar balik.

Suggest a correction

(3)

Lebihan sumbangan yang perlu dibayar balik di bawah subseksyen (2) tidak boleh melebihi dua puluh lima peratus daripada sumbangan yang merupakan kos kepeguaman yang telah dibayar menurut subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Orang yang dibantu itu hendaklah disifatkan telah melepaskan haknya jika orang yang dibantu itu tidak memohon bagi pembayaran balik lebihan sumbangan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, apa-apa sumbangan yang belum dibayar atas akaun orang yang dibantu berhubung dengan apa-apa prosiding sivil atau syariah, hendaklah menjadi suatu tanggungan pertama atas apa-apa harta yang boleh didapatkan semula atau dipertahankan bagi orang yang dibantu dalam prosiding itu.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 878

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud subseksyen (5), apa-apa harta yang didapatkan semula atau dipertahankan bagi mana-mana orang yang dibantu hendaklah termasuk—

(a)

haknya di bawah apa-apa persetujuan penyelesaian dalam prosiding itu; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa wang yang didapatkan semula menurut sesuatu perintah untuk kos yang dibuat bagi faedahnya dalam prosiding itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Tanggungan yang diwujudkan oleh subseksyen (5) atas apa-apa ganti rugi atau kos tidak boleh menghalang mahkamah daripada membenarkan ganti rugi dan kos itu ditolak daripada ganti rugi atau kos lain jika lien peguam untuk kos tidak menghalangnya.

Merekodkan dan memfailkan perakuan bantuan guaman dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu; atau

Suggest a correction

(b)

menugaskan seorang peguam yang dipilih sama ada oleh orang yang dibantu itu atau Ketua Pengarah untuk bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah merekodkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan bantuan guaman.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan hendaklah memfailkan perakuan bantuan guaman itu tanpa dikenakan fi mahkamah untuk memulakan apa-apa prosiding di mahkamah.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan itu hendaklah mewakili orang yang dibantu dalam prosiding mahkamah selepas perakuan bantuan guaman itu difailkan di mahkamah.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 29

Suggest a correction

(5)

Jika terdapat apa-apa pertukaran peguam yang ditugaskan kepada orang yang dibantu, Ketua Pengarah atau peguam yang baharu hendaklah memfailkan di mahkamah yang mendengar prosiding itu suatu notis pertukaran peguam.

Suggest a correction

(6)

Apabila perakuan bantuan guaman itu telah difailkan menurut subseksyen (3), orang yang dibantu itu—

(a)

hendaklah diberikan suatu salinan rekod nota hakim bagi prosiding sivil atau syariah orang yang dibantu itu dengan percuma;

Suggest a correction

(b)

tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa fi mahkamah yang termasuklah fi bagi proses penyampaian atau penguatkuasaan apa-apa perintah atau penghakiman mahkamah bagi prosiding sivil atau syariah orang yang dibantu itu; dan

Suggest a correction

(c)

tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos kepada mana-mana pihak lain dalam prosiding sivil atau syariah orang yang dibantu itu.

Pembatalan perakuan dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 23 atau 25, sama ada suatu permohonan telah dibuat bagi maksud itu atau tidak; dan

Suggest a correction

(b)

selepas mendapat kebenaran daripada Menteri, apa-apa perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 26.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang munasabah atau perlu untuk mengeluarkan suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman kepada orang yang dibantu.

Suggest a correction

(3)

Notis pembatalan perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan kepada orang yang dibantu itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh orang yang dibantu itu menerima notis tersebut.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 878

Suggest a correction

(4)

Sekiranya perakuan bantuan guaman yang dibatalkan telah difailkan di mana-mana mahkamah, Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik hendaklah memfailkan di mahkamah itu suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pemfailan notis itu di mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Mahkamah hendaklah, apabila menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (4), memerintahkan semua prosiding sivil atau syariah yang belum selesai berhubung dengan orang yang dibantu itu ditangguh—

(b)

bagi apa-apa tempoh lain selepas mengambil kira kepentingan keadilan pihak yang mungkin terkesan oleh perintah penangguhan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi orang yang dibantu berkuat kuasa dari—

(a)

tarikh orang itu menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

tarikh pemfailan notis pembatalan di mahkamah di bawah subseksyen (4).

Pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka dalam prosiding sivil dan syariah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah apabila meminta pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memastikan permintaan itu tidak menyebabkan—

(a)

kesusahan yang tidak wajar kepada pemohon atau orang yang dibantu itu; dan

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 31

Suggest a correction

(b)

semua perkara yang berbangkit berhubungan dengan bantuan guaman itu digantung sementara menunggu pembayaran pendahuluan itu hingga boleh memudaratkan kepentingan pemohon atau orang yang dibantu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah hanya digunakan bagi maksud perbelanjaan luar jangka.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah boleh meneruskan apa-apa tindakan atas perbelanjaan wang awam atau wang daripada akaun amanah demi kepentingan keadilan walaupun pemohon atau orang yang dibantu itu gagal untuk mendahulukan sejumlah wang di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Jika terdapat apa-apa lebihan pendahuluan dalam akaun orang yang dibantu, orang yang dibantu boleh, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan ditamatkan, memohon kepada

Ketua Pengarah bagi lebihan pendahuluan itu dikembalikan.

Suggest a correction

(6)

Lebihan pendahuluan yang perlu dikembalikan di bawah subseksyen (5) tidak boleh melebihi dua puluh lima peratus daripada sumbangan yang merupakan kos kepeguaman yang telah dibayar menurut subseksyen (1).

Suggest a correction

(7)

Orang yang dibantu itu hendaklah disifatkan telah melepaskan haknya jika orang yang dibantu itu tidak memohon bagi pembayaran balik lebihan pendahuluan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (5).

Kos

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada apa-apa amaun yang genap masa dan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu; atau

Suggest a correction

(b)

kos itu lebih tinggi daripada amaun yang genap masa dan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 878

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), apa-apa perintah berkenaan dengan kos hendaklah dibuat oleh mahkamah atas nama

Ketua Pengarah Bantuan Guaman.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), (5), (6), (7) dan (8), tiap-tiap orang yang dibantu hendaklah membayar kepada Ketua

Pengarah suatu kos kepeguaman.

Suggest a correction

(4)

Jika mahkamah memerintahkan orang yang dibantu itu untuk menerima apa-apa wang yang kurang daripada sepuluh ribu ringgit, orang yang dibantu itu tidak bertanggungan untuk membuat apa-apa bayaran kepada Ketua Pengarah sebagai kos kepeguaman.

Suggest a correction

(5)

Jika mahkamah memerintahkan orang yang dibantu itu untuk menerima apa-apa wang yang lebih daripada sepuluh ribu ringgit, orang yang dibantu itu hendaklah membayar kepada

Ketua Pengarah satu perempat daripada amaun yang diperintahkan tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit sebagai kos kepeguaman yang perlu didepositkan ke dalam akaun amanah.

Suggest a correction

(6)

Jika mahkamah memerintahkan orang yang dibantu itu untuk menerima apa-apa harta yang bernilai lebih daripada sepuluh ribu ringgit sebagaimana yang ditaksirkan dalam prosiding itu, orang yang dibantu itu hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada nilai harta tersebut sebagai kos kepeguaman yang perlu didepositkan ke dalam akaun amanah.

Suggest a correction

(7)

Jika mahkamah mengesahkan suatu award yang diberikan oleh badan separa kehakiman, orang yang dibantu itu hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun tidak melebihi sepuluh peratus daripada amaun award sebagai kos kepeguaman yang perlu didepositkan ke dalam akaun amanah.

Suggest a correction

(8)

Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, mengenepikan atau membenarkan pengurangan apa-apa bayaran yang boleh dikenakan di bawah subseksyen (5), (6) atau (7) jika pengenaan pembayaran itu boleh menyebabkan kesusahan yang tidak wajar ke atas orang yang dibantu itu.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 33

Suggest a correction

(9)

Bagi maksud subseksyen (1), “kos” hendaklah termasuk—

(b)

fi yang disebut dalam perenggan 28(6)(a) dan (b); dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa wang yang dibelanjakan oleh Ketua Pengarah menurut seksyen 30, bagi membayar perbelanjaan luar jangka.

Suggest a correction
Suggest a correction

(10)

Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), “wang” tidak termasuk kos yang disebut dalam subseksyen (1).

Penangguhan prosiding apabila permohonan bantuan guaman dibuat

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyerahkan suatu pemberitahuan kepada pihak yang satu lagi mengikut kaedah-kaedah mahkamah berkenaan dengan permohonan itu; dan

Suggest a correction

(b)

memfailkan pemberitahuan itu mengikut kaedah-kaedah mahkamah tanpa membayar apa-apa fi pemfailan.

Suggest a correction

(2)

Mahkamah hendaklah, apabila menerima pemberitahuan daripada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1), memerintahkan prosiding itu ditangguh bagi tempoh satu bulan daripada—

(b)

mana-mana tarikh sebutan atau pendengaran sebagaimana diarahkan oleh mahkamah, bagi membolehkan Ketua Pengarah memutuskan sama ada pemohon itu layak diberikan bantuan guaman di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 878

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), mahkamah boleh—

(a)

membenarkan tempoh penangguhan dikurangkan atau dilanjutkan; atau

Suggest a correction

(b)

membatalkan perintah penangguhan itu jika mahkamah mendapati permohonan bagi bantuan guaman yang dibuat di bawah Akta ini merupakan suatu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah oleh pemohon.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), demi kepentingan keadilan, mahkamah boleh membenarkan—

(a)

suatu perintah interlokutori diberikan, dikuatkuasakan atau dilaksanakan bagi sesuatu injunksi;

Suggest a correction

(b)

suatu perintah interlokutori bagi pelantikan seseorang penerima atau pengurus, atau penerima dan pengurus;

Suggest a correction

(c)

suatu perintah untuk mengekalkan kesahan sesuatu kaveat untuk menghalang apa-apa urusniaga sesuatu tanah diberimilik; atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa perintah lain yang perlu dibuat oleh mahkamah secara adil dan saksama bagi faedah pihak satu lagi dalam prosiding itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Seksyen 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 dan 31

hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk bantuan guaman di bawah subseksyen (1).

Rayuan orang yang dibantu terhadap keputusan mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan bagi bantuan guaman di bawah subseksyen (1)

hendaklah disifatkan sebagai suatu permohonan bantuan guaman yang baharu.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 35

Suggest a correction

(3)

Seksyen 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 dan 31

hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk bantuan guaman di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Rayuan yang disebut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan kelulusan Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), bagi maksud mematuhi kaedah-kaedah berkenaan dengan tempoh masa yang ditetapkan bagi pemfailan suatu rayuan, suatu notis rayuan boleh difailkan terlebih dahulu tanpa kelulusan Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(6)

Notis rayuan yang difailkan oleh orang yang dibantu itu boleh diteruskan sendiri walaupun permohonannya untuk bantuan guaman tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah.

Rayuan terhadap keputusan mahkamah oleh orang selain orang yang dibantu

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Jika pihak lain kepada prosiding merayu terhadap apa-apa keputusan mahkamah, perakuan yang telah dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah bagi faedah orang yang dibantu di bawah Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga semua hal perkara yang timbul daripada rayuan itu selesai.

Seksyen 35

Permohonan baharu bagi bantuan guaman di peringkat rayuan

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi mana-mana orang yang memerlukan bantuan guaman bagi maksud—

(a)

membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi kerana terkilan dengan apa-apa keputusan mahkamah bawahan;

atau

Suggest a correction

(b)

membolehkan Ketua Pengarah mewakilinya untuk suatu rayuan yang dibawa oleh pihak satu lagi yang terkilan oleh apa-apa keputusan mahkamah yang memberi faedah kepada pemohon itu.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 878

Khidmat pendamping guaman

Suggest a correction

Ruang lingkup khidmat pendamping guaman

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, demi kepentingan keadilan, menyediakan khidmat pendamping guaman kepada seseorang yang telah mencapai umur lapan belas tahun sekiranya orang itu menjadi mangsa kepada apa-apa jenayah dalam apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan masih seorang kanak-kanak pada masa prosiding itu dimulakan di mahkamah.

Tujuan khidmat pendamping guaman

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung orang yang dibantu yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mengenai perkara undang-undang yang timbul dari prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

Suggest a correction

(b)

untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan yang berhubungan dengan pertuduhan terhadap mana-mana tertuduh dalam mana-mana prosiding jenayah yang orang yang dibantu itu merupakan mangsa;

Suggest a correction

(c)

untuk mendampingi orang yang dibantu dalam mana-mana prosiding di mahkamah, dan dengan kebenaran mahkamah untuk bercakap bagi pihak orang yang dibantu, jika perlu; dan

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 37

Suggest a correction

(d)

untuk menasihati penjaga, atau pelindung seseorang yang dibantu sebagaimana yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa prosiding sivil yang boleh dibawa atau dimulakan oleh orang yang dibantu itu, yang timbul dari prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Permohonan bagi khidmat pendamping guaman

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan oleh seseorang kanak-kanak hendaklah dibuat melalui ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Suggest a correction

(3)

Permohonan di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Pengeluaran perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

Selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah seksyen 38 dan selepas pembayaran fi telah dibuat oleh pemohon,

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman kepada pemohon.

Sumbangan daripada orang yang dibantu selepas mendapat perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sumbangan yang dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah didepositkan ke dalam akaun amanah dan hanya boleh dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat pendamping guaman.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 878

Merekodkan dan memfailkan perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu; atau

Suggest a correction

(b)

menugaskan seorang peguam yang dipilih sama ada oleh orang yang dibantu itu atau Ketua Pengarah untuk bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah merekodkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan bantuan guaman.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan hendaklah memfailkan perakuan bantuan guaman itu tanpa dikenakan fi mahkamah untuk memulakan apa-apa prosiding di mahkamah.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan itu hendaklah mewakili orang yang dibantu dalam prosiding mahkamah selepas perakuan bantuan guaman itu difailkan di mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Jika terdapat apa-apa pertukaran peguam yang ditugaskan kepada orang yang dibantu, Ketua Pengarah atau peguam yang baharu hendaklah memfailkan di mahkamah yang mendengar prosiding itu suatu notis pertukaran peguam.

Suggest a correction

(6)

Apabila perakuan bantuan guaman itu telah difailkan menurut subseksyen (3), orang yang dibantu itu—

(a)

hendaklah diberikan suatu salinan rekod nota hakim bagi prosiding jenayah yang berkaitan dengan orang yang dibantu itu secara percuma;

Suggest a correction

(b)

tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa fi mahkamah;

dan

Suggest a correction

(c)

tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kos kepada mana-mana pihak lain dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan orang yang dibantu itu.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 39

Pembatalan perakuan bantuan guaman bagi khidmat pendamping guaman

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang munasabah atau perlu untuk mengeluarkan suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman kepada orang yang dibantu itu melalui ibu bapa atau penjaganya.

Suggest a correction

(3)

Notis pembatalan perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan kepada orang yang dibantu itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh orang yang dibantu itu menerima notis tersebut.

Suggest a correction

(4)

Jika perakuan bantuan guaman yang dibatalkan telah difailkan di mahkamah, Ketua Pengarah atau pegawai yang dilantik hendaklah memfailkan di mahkamah itu suatu notis pembatalan perakuan bantuan guaman dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pemfailan notis itu di mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (1), orang yang dibantu melalui ibu bapa atau penjaganya boleh merayu kepada Menteri jika mereka masih memerlukan khidmat pendamping guaman, dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Menteri atas rayuan itu adalah muktamad.

Suggest a correction

(6)

Seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi orang yang dibantu berkuat kuasa dari—

(a)

tarikh orang itu menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

tarikh pemfailan notis pembatalan di mahkamah di bawah subseksyen (4).

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 878

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab

Bab 5

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, dengan kebenaran Menteri, menyediakan khidmat pengantaraan kepada mana-mana orang atau orang yang dibantu berhubung dengan apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Seksyen 44

Permohonan bagi khidmat pengantaraan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Selepas menimbangkan permohonan, Ketua Pengarah boleh meluluskan penyediaan khidmat pengantaraan kepada pemohon dan boleh menyediakan khidmat pengantaraan kepada pemohon mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(4)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Rujukan kepada pengantaraan oleh Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya perlu, merujuk mana-mana orang, pemohon atau orang yang dibantu di bawah

Bab 2 dan 3 Bahagian III kepada khidmat pengantaraan dengan memberikan notis secara lisan, atau melalui perkhidmatan elektronik atau komunikasi teknologi jarak jauh menghendaki orang itu membuat permohonan bagi khidmat pengantaraan di bawah seksyen 44.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 41

Seksyen 46

Pengantara

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap pengantara yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah tertakluk kepada pengawasan dan arahan am

Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Pengantara yang dilantik di bawah seksyen ini tidak boleh hadir dan berhujah dalam mana-mana mahkamah untuk mewakili mana-mana orang yang merupakan pihak kepada sidang pengantaraan yang dikendalikan olehnya bagi pertikaian yang sama yang timbul dalam sidang pengantaraan tersebut.

Suggest a correction

(4)

Menteri boleh menamatkan perkhidmatan mana-mana pengantara yang dilantik di bawah subseksyen (1) atas apa-apa sebab.

Kaedah mengendalikan pengantaraan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu sidang pengantaraan boleh dipengerusikan oleh seorang atau lebih pengantara.

Suggest a correction

(3)

Sesuatu sidang pengantaraan boleh dimulakan atau diteruskan sama ada pertikaian tersebut boleh menjadi hal perkara atau sedang menjadi hal perkara yang dipertikaikan di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau badan atau tidak.

Pengantaraan adalah sukarela

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pihak kepada khidmat pengantaraan itu boleh menarik diri daripada sidang pengantaraan itu pada bila-bila masa.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 878

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), kehadiran dan penyertaan dalam atau penarikan diri daripada sidang pengantaraan yang dikendalikan di bawah Akta ini hendaklah tidak menjejaskan apa-apa hak atau remedi yang ada pada pihak kepada pertikaian.

Komunikasi sulit dengan pengantara

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika orang itu menawarkan dirinya sebagai saksi dalam perbicaraan yang melibatkan apa-apa pertikaian yang telah menjadi subjek kepada pengantaraan di bawah Bab ini, orang itu boleh diarahkan oleh mahkamah untuk menzahirkan apa-apa komunikasi dalam sidang pengantaraan itu hanya jika komunikasi itu didapati perlu oleh mahkamah untuk menjelaskan apa-apa keterangan yang telah diberikan oleh orang itu.

Penyelesaian atau persetujuan hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

Tiada penyelesaian atau persetujuan boleh mengikat semua pihak dalam suatu sidang pengantaraan dan boleh dikuatkuasakan di mana-mana mahkamah melainkan jika ia telah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh semua pihak dalam pengantaraan tersebut.

Seksyen 51

Pengantaraan melalui teknologi komunikasi jarak jauh

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa penyelesaian atau persetujuan yang telah diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani melalui perkhidmatan elektronik oleh pihak-pihak kepada pengantaraan itu adalah mengikat pihak-pihak dan boleh direkodkan di mana-mana mahkamah.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 43

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

KHIDMAT PEMBELAAN AWAM

Suggest a correction

Ruang lingkup khidmat pembelaan awam

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), apabila Menteri berpuas hati bahawa dalam apa-apa kesusahan yang tertentu demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian, Menteri boleh membenarkan

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam untuk menyediakan khidmat pembelaan awam selain apa-apa prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.

Permohonan bagi khidmat pembelaan awam

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari—

(a)

selepas kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 177a Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593];

Suggest a correction

(b)

selepas suatu pertuduhan di hadapan mana-mana mahkamah;

Suggest a correction

(d)

selepas menerima suatu notis rayuan.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 878

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada batas di bawah seksyen 56, tiada seorang pun yang ditahan berhubung dengan apa-apa kesalahan atau yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan boleh dinafikan peluang untuk memohon bagi khidmat pembelaan awam.

Pengeluaran perakuan pembelaan awam

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pembela Awam boleh mengeluarkan perakuan pembelaan awam kepada pemohon selepas pembayaran fi yang ditetapkan dan selepas menimbangkan permohonan di bawah seksyen 53 dan berpuas hati bahawa—

(a)

pemohon itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mendapat khidmat pembelaan awam dalam prosiding jenayah itu;

Suggest a correction

(b)

pemohon itu memenuhi kriteria dan ujian kemampuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan

Suggest a correction

(c)

kesalahan yang dipertuduhkan ke atas pemohon adalah dalam ruang lingkup khidmat pembelaan awam.

Pengeluaran perakuan pembelaan awam selepas mendapat kebenaran Menteri

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 53, Ketua Pengarah hendaklah, selepas mendapat kebenaran Menteri untuk menyediakan khidmat pembelaan awam menurut subseksyen 52(2) dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan pembelaan awam kepada seseorang pemohon.

Seksyen 56

Batas khidmat pembelaan awam

Open as pageSuggest a correction

Tiada khidmat pembelaan awam boleh disediakan berhubung dengan apa-apa prosiding jenayah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 45

Seksyen 57

Merekodkan dan memfailkan perakuan pembelaan awam

Open as pageSuggest a correction

(a)

bertindak bagi pihak tertuduh yang dibantu; atau

Suggest a correction

(b)

menugaskan seorang peguam yang dipilih sama ada oleh tertuduh yang dibantu itu atau Ketua Pembela Awam untuk bertindak bagi pihak tertuduh yang dibantu itu.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pembela Awam hendaklah merekodkan nama peguam yang ditugaskan dalam perakuan pembelaan awam.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pembela Awam atau peguam yang ditugaskan hendaklah memfailkan perakuan pembelaan awam tanpa dikenakan bayaran mahkamah untuk memulakan apa-apa prosiding di mahkamah.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pembela Awam atau peguam yang ditugaskan hendaklah mewakili tertuduh yang dibantu dalam prosiding mahkamah selepas perakuan pembelaan awam difailkan di mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Jika terdapat apa-apa pertukaran peguam yang ditugaskan kepada tertuduh yang dibantu, Ketua Pembela Awam atau peguam yang baru ditugaskan hendaklah memfailkan di mahkamah yang mendengar prosiding itu suatu notis pertukaran peguam.

Suggest a correction

(6)

Apabila perakuan pembelaan awam itu telah difailkan menurut subseksyen (3), tertuduh yang dibantu itu—

(a)

hendaklah diberikan suatu salinan rekod nota hakim bagi prosiding jenayah tertuduh yang dibantu itu dengan percuma; dan

Suggest a correction

(b)

tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa fi mahkamah.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 878

Pembatalan perakuan pembelaan awam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 54 , sama ada suatu permohonan telah dibuat bagi maksud itu atau tidak; dan

Suggest a correction

(b)

selepas mendapat kebenaran daripada Menteri, apa-apa perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 55.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pembela Awam atau mana-mana pegawai pembela awam hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang munasabah atau perlu untuk mengeluarkan suatu notis pembatalan perakuan pembelaan awam kepada tertuduh yang dibantu.

Suggest a correction

(3)

Notis pembatalan perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan kepada tertuduh yang dibantu itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh yang dibantu itu menerima notis tersebut.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya perakuan pembelaan awam yang dibatalkan telah difailkan di mana-mana mahkamah, Ketua Pembela Awam atau pegawai pembela awam hendaklah memfailkan di mahkamah itu suatu notis pembatalan perakuan pembelaan awam dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pemfailan notis itu di mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Mahkamah hendaklah, apabila menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (4), memerintahkan semua prosiding jenayah yang belum selesai berhubung dengan tertuduh yang dibantu itu ditangguh—

(b)

bagi apa-apa tempoh lain selepas mengambil kira kepentingan keadilan pihak yang mungkin terkesan oleh perintah penangguhan itu.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 47

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi tertuduh yang dibantu berkuat kuasa dari—

(a)

tarikh orang itu menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

tarikh pemfailan notis pembatalan di mahkamah di bawah subseksyen (4).

Pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka dalam prosiding jenayah

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 59

Awam boleh membatalkan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pembela Awam apabila meminta pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memastikan permintaan itu tidak menyebabkan—

(a)

kesusahan yang tidak wajar kepada pemohon atau tertuduh yang dibantu itu; dan

Suggest a correction

(b)

semua hal perkara yang berbangkit berhubungan dengan khidmat pembelaan awam itu digantung sementara menunggu pembayaran pendahuluan itu hingga boleh memudaratkan kepentingan pemohon atau tertuduh yang dibantu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah hanya digunakan bagi maksud perbelanjaan luar jangka.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pembela Awam boleh meneruskan apa-apa tindakan atas perbelanjaan wang awam atau wang daripada akaun amanah demi kepentingan keadilan walaupun pemohon atau tertuduh yang dibantu itu gagal untuk mendahulukan sejumlah wang di bawah subseksyen (1).

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 878

Suggest a correction

(5)

Jika terdapat apa-apa lebihan pendahuluan dalam akaun tertuduh yang dibantu, tertuduh yang dibantu boleh, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan ditamatkan, memohon kepada

Ketua Pembela Awam bagi lebihan pendahuluan itu dikembalikan.

Suggest a correction

(6)

Lebihan pendahuluan yang perlu dikembalikan di bawah subseksyen (5) tidak boleh melebihi dua puluh lima peratus daripada pendahuluan yang merupakan kos kepeguaman yang telah dibayar menurut subseksyen (1).

Suggest a correction

(7)

Tertuduh yang dibantu itu hendaklah disifatkan telah melepaskan haknya jika tertuduh yang dibantu itu tidak memohon bagi pembayaran balik lebihan pendahuluan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (5).

Rayuan oleh tertuduh yang dibantu terhadap keputusan mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan bagi khidmat pembelaan awam di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu permohonan baharu bagi khidmat pembelaan awam.

Suggest a correction

(3)

Seksyen 53, 54, 56, 57, 58 dan 59 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk khidmat pembelaan awam di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Rayuan yang disebut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan kelulusan Ketua Pembela Awam tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pembela

Awam.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), bagi maksud mematuhi kaedah-kaedah berkenaan dengan tempoh masa yang ditetapkan bagi pemfailan suatu rayuan, suatu notis rayuan boleh difailkan terlebih dahulu tanpa kelulusan Ketua Pembela Awam.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 49

Suggest a correction

(6)

Notis rayuan yang difailkan oleh tertuduh yang dibantu itu boleh diteruskan sendiri walaupun permohonannya untuk khidmat pembelaan awam tidak diluluskan oleh Ketua Pembela Awam.

Rayuan terhadap keputusan mahkamah oleh Pendakwa Raya

Suggest a correction

Seksyen 61

Open as pageSuggest a correction

Jika Pendakwa Raya merayu terhadap mana-mana keputusan mahkamah, perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan oleh

Ketua Pembela Awam untuk manfaat tertuduh yang dibantu di bawah Akta ini hendaklah kekal berkuat kuasa sehingga semua hal perkara yang timbul daripada rayuan tersebut diselesaikan.

Bahagian V

Bahagian V

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

(a)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam;

Suggest a correction

(b)

pemfailan atau pengemukaan apa-apa akuan berkanun, kertas kausa, penyelesaian atau persetujuan yang direkodkan, atau mana-mana dokumen lain;

Suggest a correction

(c)

pembayaran apa-apa fi, sumbangan, kos, caj dan apa-apa bayaran lain;

Suggest a correction

(d)

penyampaian apa-apa perakuan, notis, arahan, perintah, kertas kausa, resit atau apa-apa dokumen lain;

Suggest a correction

(e)

penugasan atau pertukaran peguam bagi maksud bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam berhubung dengan mana-mana peruntukan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(f)

penyediaan khidmat nasihat guaman dan pengantaraan.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 878

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pengguna berdaftar itu atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan tidak kira dengan apa jua sifat atau tidak kira bagaimana jua sekalipun yang timbul yang terdapat dalam perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan elektronik itu atau dalam kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan elektronik itu.

Suggest a correction

(3)

Semua transaksi yang dibuat di bawah subseksyen (1)

adalah disifatkan telah diberikan oleh seseorang kepada

Ketua Pengarah pada tarikh pengakuterimaan transaksi itu dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepada orang itu.

Pernyataan palsu atau mengelirukan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 63

Seseorang yang dengan sengaja—

Open as pageSuggest a correction

(a)

membuat apa-apa penyataan atau representasi palsu atau mengelirukan dalam permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam;

Suggest a correction

(b)

tidak membuat penzahiran penuh tentang kemampuan kewangan individu itu; atau

Suggest a correction

(c)

tidak memaklumkan Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan kepada kemampuan atau keadaannya yang boleh menyebabkan dia tidak layak untuk bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam di bawah

Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 51

Perintah mahkamah bagi kos terhadap orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(a)

bantuan guaman yang disediakan kepada orang yang dibantu atau khidmat pembelaan awam yang disediakan kepada tertuduh yang dibantu telah diperoleh melalui fraud atau salah nyataan;

Suggest a correction

(b)

orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu telah berkelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh memprejudiskan kepentingan keadilan; atau

Suggest a correction

(c)

bagi prosiding sivil atau syariah, orang yang dibantu didapati telah menyalah guna proses mahkamah dalam tindakan atau pembelaan berkaitan prosiding itu.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), kos itu hendaklah ditaksir seolah-olah pihak yang diperintahkan membayar kos itu bukan orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu dan kos itu bolehlah didepositkan ke dalam akaun amanah.

Suggest a correction

(3)

Kos yang diperintahkan untuk dibayar itu, melainkan jika diarahkan selainnya oleh perintah itu, hendaklah termasuk—

(a)

fi yang disebut dalam perenggan 28(6)(a) dan (b) atau perenggan 57(6)(a) dan (b); dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh Ketua Pengarah untuk membayar perbelanjaan luar jangka mengikut seksyen 30 atau 59.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika perintah bagi kos di bawah subseksyen (1) terdiri daripada kos yang disebut dalam subseksyen (3) dan apa-apa kos yang lain, kos yang diterima oleh orang yang terjejas hendaklah terlebih dahulu dibelanjakan bagi pembayaran kos yang disebut dalam subseksyen (3).

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 878

Suggest a correction

(5)

Selepas perintah bagi kos dibuat di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membenarkan orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu itu—

(a)

dalam prosiding jenayah, untuk meneruskan pembelaannya atas perbelanjaannya sendiri; atau

Suggest a correction

(b)

dalam prosiding sivil atau syariah, untuk menarik balik pliding atas apa-apa sebab yang dibenarkan mengikut kaedah-kaedah mahkamah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Bagi maksud subseksyen (1), “orang yang terjejas” ertinya

Ketua Pengarah yang telah bertindak bagi orang yang dibantu,

Ketua Pembela Awam yang telah bertindak bagi tertuduh yang dibantu, seorang peguam yang ditugaskan untuk bertindak bagi orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu itu atau orang yang telah dijadikan sebagai pihak satu lagi dalam apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah.

Komunikasi terlindung

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(a)

seseorang pemohon bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam dengan Ketua Pengarah atau Ketua

Pembela Awam; atau

Suggest a correction

(b)

seseorang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu dengan

Ketua Pengarah, Ketua Pembela Awam, pegawai yang dilantik, pegawai pembela awam, peguam yang ditugaskan atau pengantara, adalah terlindung sehingga takat yang sama sebagaimana komunikasi antara seseorang peguam dengan anak guamnya.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), komunikasi terlindung itu hendaklah tidak meliputi apa-apa maklumat yang disediakan kepada Ketua Pengarah berkenaan dengan harta atau pendapatan pemohon yang dikehendaki bagi maksud siasatan di bawah seksyen 22, dan pengeluaran apa-apa perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 23, 24, 25 dan 26 dan pengeluaran apa-apa perakuan pembelaan awam di bawah seksyen 54 dan 55.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 53

Kewajipan untuk mengelak percanggahan kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam hal keadaan orang yang dibantu yang berlainan terlibat dalam prosiding sivil atau syariah yang sama,

Ketua Pengarah hendaklah menugaskan peguam yang berlainan daripada panel peguam untuk mengendalikan prosiding sivil atau syariah itu secara bebas dan berkecuali demi kepentingan keadilan bagi kedua-dua pihak.

Suggest a correction

(3)

Seseorang peguam yang ditugaskan dan firma guamannya tidak boleh mewakili—

(a)

kedua-dua tertuduh yang dibantu dan mangsa jenayah yang dikatakan dilakukan oleh tertuduh yang dibantu dalam prosiding jenayah yang sama; atau

Suggest a correction

(b)

kedua-dua tertuduh yang dibantu dan mangsa jenayah yang dikatakan dilakukan oleh tertuduh yang dibantu, jika tertuduh yang dibantu itu merupakan subjek kepada apa-apa prosiding sivil yang dibawa oleh mangsa itu terhadapnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Sekiranya situasi yang disebut dalam subseksyen (3) timbul, seseorang peguam yang ditugaskan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, memaklumkan kepada Ketua Pengarah atau

Ketua Pembela Awam mengenai fakta itu.

Keputusan muktamad

Suggest a correction

Seksyen 67

Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah atau

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memberikan atau enggan memberikan bantuan guaman di bawah Bahagian III atau khidmat pembelaan awam di bawah Bahagian IV kepada mana-mana pemohon;

Suggest a correction

(b)

untuk membatalkan perakuan bantuan guaman, menamatkan khidmat pendamping guaman atau membatalkan perakuan pembelaan awam; atau

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 878

Suggest a correction

(c)

untuk menolak permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam untuk merayu terhadap keputusan mahkamah di bawah seksyen 33 atau 60

masing-masing kepada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu, boleh dirayu kepada Menteri dan Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah apa-apa keputusan Ketua Pengarah atau

Ketua Pembela Awam dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Pekhidmat awam

Suggest a correction

Seksyen 68

Ketua Pembela Awam—

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah, Ketua Pembela Awam, peguam yang ditugaskan, pegawai yang dilantik, pegawai pembela awam atau pengantara, yang bukan anggota perkhidmatan awam, semasa menjalankan tugasnya di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Seksyen 69

Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Ketua Pengarah, Ketua Pembela Awam, peguam yang ditugaskan, pegawai yang dilantik, pegawai pembela awam dan pengantara, yang bukan anggota perkhidmatan awam, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 70

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, Ketua Pengarah, Ketua Pembela Awam, peguam yang ditugaskan, pegawai yang dilantik, pegawai pembela awam dan pengantara atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 55

Seksyen 71

Kuasa untuk menggantung

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa penggantungan bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini tidak boleh memberi kesan ke atas perakuan bantuan guaman atau perakuan pembelaan awam yang telah dikeluarkan di bawah

Akta ini sebelum penggantungan itu dan semua perkara yang berbangkit menurut keperluan perakuan itu hendaklah diteruskan oleh Ketua Pengarah hingga selesai setakat mana bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam itu tidak terkesan dengan perintah penggantungan itu.

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, selepas berunding dengan Peguam Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kelima untuk membataskan khidmat pembelaan awam demi kepentingan keadilan.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penyediaan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam;

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan semua fi, caj, kos, sumbangan, pendahuluan atau apa-apa pembayaran yang kena dibayar di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 878

Suggest a correction

(c)

untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan mendapatkan semula wang yang kena dibayar berkenaan dengan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam;

Suggest a correction

(d)

untuk menetapkan apa-apa peruntukan yang perlu bagi hal keadaan khas jika—

Suggest a correction

(i)

seseorang meminta bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam dalam sesuatu perkara yang perlu disegerakan oleh sebab yang khas;

(ii)

seseorang mula menerima bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam selepas berunding dengan seseorang peguam secara biasa berkenaan dengan perkara itu, atau berhenti daripada menerima bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam sebelum perkara yang berkenaan itu diselesaikan dengan muktamad; dan

Suggest a correction

(iii)

terdapat apa-apa perubahan hal keadaan yang berkaitan dalam masa seseorang menerima bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam;

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua pegawai dan kakitangan yang memegang pelantikan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai pegawai dan kakitangan yang dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am Persekutuan dan hendaklah memegang suatu jawatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Pemindahan kuasa, hak, kewajipan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 76

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 57

Open as pageSuggest a correction

Semua kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan pegawai yang dilantik yang terdahulu di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Ketua Pengarah dan pegawai yang dilantik di bawah Akta ini.

Seksyen 77

Pemindahan wang dalam akaun amanah

Open as pageSuggest a correction

Semua wang yang ada pada dan kena dibayar kepada akaun amanah yang diwujudkan dan disenggarakan oleh Ketua Pengarah

Bantuan Guaman yang terdahulu di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dipindahkan kepada dan disifatkan sebahagian daripada akaun amanah yang diwujudkan dan disenggarakan oleh Ketua Pengarah di bawah

Akta ini.

Sumbangan, dsb.

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

Semua sumbangan dan bayaran pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka yang dibayar kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dibayar di bawah Akta ini dan diuruskan di bawah Akta ini.

Seksyen 79

Permohonan untuk bantuan guaman

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa permohonan bagi bantuan guaman di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, hendaklah diuruskan di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 878

Seksyen 80

Penerusan bantuan guaman

Open as pageSuggest a correction

Semua bantuan guaman yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus diberikan di bawah Akta ini.

Seksyen 81

Penerusan perakuan bantuan guaman

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh meminda, memperbaharui atau membatalkan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut peruntukan Akta ini.

Penerusan panel peguam

Suggest a correction

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh memperbaharui atau membatalkan penugasan peguam yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut peruntukan Akta ini.

Penerusan keputusan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

Semua keputusan, arahan dan notis yang dibuat atau dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau Menteri di bawah

Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang keputusan, arahan dan notis itu selaras dengan Akta ini, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga keputusan, arahan dan notis itu dibatalkan atau dipinda.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 59

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Seksyen 16]

PERIHAL HAL PERKARA YANG BERKENAAN DENGANNYA

NASIHAT GUAMAN BOLEH DIBERIKAN

Nasihat guaman atas segala hal perkara perundangan berhubung dengan undang-undang Malaysia.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Seksyen 20]

PERIHAL PROSIDING SIVIL DAN SYARIAH YANG BERKENAAN

DENGANNYA KHIDMAT BANTUAN GUAMAN BOLEH DISEDIAKAN

Bahagian I

Prosiding dalam Mahkamah Sivil

(1)

(2)

Prosiding 1.

Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak

(Nafkah) 1950 [Akta 263]

2.

Prosiding di bawah Ordinan Nafkah 1959 [Sabah No. 7 tahun 1959]

3.

Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak

(Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 794]

4.

Prosiding di bawah Ordinan Perkahwinan Adat Bumiputera Sarawak

(Nafkah) 2003 [Bab 55]

5.

Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan)1949 [Akta 34] untuk perintah sementara 6.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan berkenaan dengan perceraian dan jagaan 7.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]

8.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Ordinan Pengangkatan 1960 [Sabah No. 23 tahun 1960]

9.

Prosiding di bawah Ordinan Pengangkatan Sarawak [Bab 91]

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 878

(1)

(2)

Prosiding 10.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]

11.

Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka 12.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Ordinan Probet dan Pentadbiran 1947 Sabah [Bab 109]

13.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak [Bab 80]

14.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Akta Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)

1967 [Akta 793]

15.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan berkenaan dengan tindakan sivil bagi ganti rugi yang timbul daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang termasuk dalam pengertian

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]

16.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]

17.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan berkenaan dengan prosiding yang berhubungan dengan penyewaan 18.

Prosiding yang berhubungan dengan hak dan tanggungan di bawah

Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212]

19.

Tuntutan pengguna termasuklah—

(a)

perkara yang berhubungan dengan penguatkuasaan award

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia; dan

(b)

prosiding semakan kehakiman yang menamakan pengguna sebagai responden dalam tindakan guaman itu 20.

Permohonan bagi suatu perintah anggapan kematian 21.

Prosiding di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 [Akta 351]

22.

Prosiding di bawah Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak Sarawak

[Bab 93]

23.

Prosiding di bawah Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak Sabah [Bab 54]

24.

Semakan kehakiman atau rayuan ke atas suatu keputusan yang dibuat berhubung dengan undang-undang perburuhan dan perhubungan industri yang menamakan pekerja sebagai responden oleh majikan atau bekas majikannya dalam tindakan guaman itu

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 61

Bahagian II

Prosiding dalam Mahkamah Syariah

(1)

(2)

Prosiding 1.

Prosiding yang berhubungan dengan pertunangan (ganti rugi), wali hakim, nafkah, jagaan, perceraian, ruju’, hutang perkahwinan, muta’ah dan harta sepencarian, harta dom ( harta bawaan) , termasuk prosiding yang berhubungan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah bagi prosiding-prosiding tersebut 2.

Prosiding yang berhubungan dengan alang semasa hidup (hibah)

dan wasiat 3.

Permohonan bagi anggapan kematian bagi pembubaran perkahwinan 4.

Permohonan bagi pengesahan nasab anak 5.

Permohonan bagi pengesahan nikah

Nota:  Bagi maksud Jadual ini, apa-apa perkataan dan ungkapan dalam bahasa

Arab, hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah apa-apa Akta Persekutuan atau Enakmen Negeri yang berkenaan.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Seksyen 36]

PERIHAL KESALAHAN YANG BERKENAAN DENGANNYA

KHIDMAT PENDAMPING  GUAMAN  BOLEH DISEDIAKAN

Semua kesalahan terhadap kanak-kanak yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis

Jadual

Suggest a correction

Jadual Keempat

[Seksyen 52]

PERIHAL PROSIDING JENAYAH YANG BERKENAAN DENGANNYA

KHIDMAT PEMBELAAN AWAM BOLEH DISEDIAKAN

(1)

(2)

Prosiding 1.

Semua prosiding jenayah yang dalamnya tertuduh dan kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan tidak diwakili oleh peguam 2.

Semua prosiding jenayah terhadap orang kurang upaya warganegara

Malaysia dan kanak-kanak orang kurang upaya bukan warganegara tertakluk kepada syarat-syarat tertentu

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 878

(1)

(2)

Prosiding 3.

Semua prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]

4.

Semua prosiding jenayah terhadap kanak-kanak di Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan 5.

Semua permohonan di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593] bagi maksud penyiasatan lanjut

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kelima

[Seksyen 56]

PERIHAL PROSIDING JENAYAH YANG BERKENAAN DENGANNYA

KHIDMAT PEMBELAAN AWAM TIDAK BOLEH DISEDIAKAN

(1)

(2)

Prosiding 1.

Pertuduhan bagi kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup 2.

Pertuduhan bagi kesalahan jenayah di bawah Bab VI, VIa dan VIb

Kanun Keseksaan [Akta 574] kecuali bagi pesalah kanak-kanak 3.

Pertuduhan bagi kesalahan jenayah yang melibatkan mangsa kanak-kanak

Common questions

What is LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026?
AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026 is Malaysia Act, cited as Act 878 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 still in force?
Yes — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 is currently in force.
When did LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 take effect?
LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 have?
LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 contains 83 sections.
Where can I read the official version of LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026?
The official text of LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 is published at lom.agc.gov.my.