Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
100. Section 100
Feedback & supportTuan punya atau penduduk mana-mana tanah hendaklah, sebelum menebang atau menebas mana-mana pokok atau hutan yang bersempadanan dengan suatu kereta api, terlebih dahulu memberikan notis bertulis tujuh hari kepada syarikat kereta api itu mengenai hasratnya untuk berbuat demikian dan hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi perlindungan kereta api itu atau mana-mana tiang telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya.
Jika apa-apa kerosakan disebabkan kepada kereta api itu atau mana-mana tiang telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya, syarikat kereta api itu boleh, jika persetujuan tidak dicapai, mendapatkan pampasan daripada tuan punya atau penduduk tanah itu melalui tindakan undang-undang.
Pengangkutan Awam Darat 127
Lesen untuk mengendalikan kereta api dan pembukaan kereta api