Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
99. Pembuangan pokok yang berbahaya kepada atau menghalang pengerjaan kereta api
Feedback & supportJika
Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat berpendapat bahawa pada bila-bila masa terdapat bahaya atau bahaya yang disyaki bahawa mana-mana pokok yang terdapat di atas tanah, selain tanah kereta api, mungkin—
terjatuh ke atas suatu kereta api, atau di atas laluan mana-mana wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik yang pengerjaannya dikawal keseluruhan atau sebahagiannya oleh suatu syarikat kereta api; atau
menghalang, mengganggu, atau menyebabkan kerosakan kepada pembinaan atau pengerjaan yang sepatutnya suatu kereta api atau mana-mana wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik itu atau kepada mana-mana tiang, struktur atau kelengkapan lain yang menopangkannya atau yang bersangkutan dengannya, syarikat kereta api itu boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang, pada pendapat Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat, akan menghindarkan bahaya itu atau menghapuskan halangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
126 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Jika suatu pokok menghalang atau mengganggu pemandangan mana-mana isyarat terpasang, suatu syarikat kereta api boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang akan menghapuskan halangan atau gangguan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Apabila pokok yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) telah wujud sebelum kereta api itu dibina, atau wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik itu dibentangkan, atau tiang, struktur atau kelengkapan itu didirikan atau dipasang, atau isyarat itu dipasang, pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar oleh syarikat kereta api itu kepada tuan punya atau penduduk tanah tempat terletaknya pokok itu.
Bagi maksud seksyen ini, “pokok” termasuk tumbuhan yang kecil dan rendah.
Notis mengenai penebangan atau penebasan pokok atau hutan yang bersempadanan dengan kereta api