Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian IV · Kereta Api

115. Lesen vokasional bagi pemandu tren kereta api

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh memandu sesuatu tren kereta api melainkan jika dia memegang suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, tertakluk pada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut pada mana-mana lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan pemegang mana-mana lesen vokasional hendaklah mematuhi semua syarat itu.

(3)

Sesuatu lesen vokasional boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau digantung oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atas alasan bahawa, oleh sebab kelakuan atau ketidakupayaan fizikalnya, pemegang itu bukan seorang yang patut dan sesuai untuk memegang lesen itu atau sekiranya berlaku kemungkiran mana-mana syarat lesen vokasional itu:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat—

(a)

tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen vokasional atas alasan kemungkiran mana-mana syarat

142 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

lesen vokasional itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen vokasional suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen vokasional itu patut dibatalkan atau digantung; atau

(b)

tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen vokasional atas alasan selain alasan yang dinyatakan dalam perenggan (a), melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen vokasional suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen vokasional itu patut dibatalkan atau digantung.

(4)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya

Report

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules