Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
112. Section 112
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 207, seorang pengendali berlesen hendaklah mengemukakan kepada
Ketua
Pengarah
Pengangkutan Awam Darat segala maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—
berkaitan dengan penjalanan oleh pengendali berlesen akan aktiviti berlesennya; atau
adalah material bagi penjalanan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat akan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), seorang pengendali berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangan pengendali berlesen itu atau apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
suatu laporan mengenai operasinya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menilai tahap pematuhan oleh pengendali berlesen itu akan standard prestasi dan kawal seliaan dan juga keterangan yang memuaskan mengenai pematuhan syarat lesen pengendali itu;
kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung dan ruginya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruauditnya dan, jika berkenaan, pengarahnya; dan
suatu penyata yang menjadualkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pengendali berlesen itu dan pekerjanya dan orang awam
138 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
berkaitan dengan atau berhubungan dengan operasi kereta api itu.
Tanpa menjejaskan subseksyen
,
Ketua
Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen supaya mengemukakan kepadanya berkenaan dengan apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat—
apa-apa maklumat yang berhubungan dengan penyenggaraan terminal oleh pengendali berlesen yang dalam milikan atau di bawah kawalan pengendali berlesen itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(i), termasuk kekerapan penyenggaraan terminal itu;
apa-apa maklumat statistik yang berhubungan dengan operasi pengendali berlesen itu;
ramalannya mengenai penumpang atau barangan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat; dan
rancangan pembangunan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang pengendali berlesen itu terikat untuk mengadakan di bawah syarat lesen pengendali itu.
Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara, pada apa-apa lat tempoh dan hendaklah disertai atau ditambahkan dengan apa-apa penjelasan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).
Pengangkutan Awam Darat 139
Maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh seorang pengendali berlesen kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat di bawah seksyen ini termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu bukan dalam milikan pengendali berlesen itu atau selainnya tidak akan berada dalam milikan pengendali berlesen itu, ialah maklumat yang semunasabahnya pengendali berlesen boleh dikehendaki untuk mendapatkan atau mengumpulkannya.
Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat boleh menghendaki seorang pengendali berlesen untuk melantik, dengan kos ditanggung oleh pengendali berlesen itu, seorang pakar bebas dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, untuk menjalankan suatu audit atau mengkaji semula mana-mana maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh pengendali berlesen kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat di bawah seksyen ini, tetapi pelantikan dan laporan pakar bebas itu tidak akan melepaskan atau mengurangkan dalam apa jua cara tanggungan pengendali berlesen itu di bawah seksyen ini.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat boleh, pada bila-bila masa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menjalankan suatu audit terhadap perniagaan dan aktiviti pengendali berlesen dan pengendali berlesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, dengan kos ditanggung olehnya sendiri, untuk membantu dan memudahkan Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan audit itu, termasuk memberi mereka akses kepada premisnya dan dokumentasi dan maklumatnya.
Seorang pengendali berlesen yang—
tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini; atau
enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan suatu audit di bawah seksyen ini,
140 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat hendaklah diberitahu mengenai apa-apa perubahan dalam kawalan pengendali berlesen, dsb.