Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
108. Pembukaan semula landasan kereta api selepas penggantungan sementara
Feedback & supportApabila suatu kemalangan telah berlaku di atas suatu kereta api atau suatu landasan kereta api yang mengakibatkan penggantungan sementara lalu lintas, dan landasan kereta api atau kerja-kerja asal telah dipulihkan dengan segera kepada standard asalnya atau suatu pelencongan sementara telah dibentangkan bagi maksud memulihkan perhubungan, landasan kereta api dan kerja-kerja asal yang dipulihkan sedemikian boleh dibuka semula atau pelencongan sementara itu dibuka, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk pada syarat yang berikut:
bahawa pegawai kereta api yang dipertanggungkan bagi kerja-kerja yang diusahakan disebabkan oleh kemalangan itu telah memperakui secara bertulis bahawa pembukaan semula landasan kereta api dan kerja-kerja yang dipulihkan itu atau pembukaan pelencongan sementara itu tidak akan, pada pendapatnya, menyebabkan apa-apa bahaya kepada orang awam atau kerosakan kepada barangan yang dibawa di atas landasan kereta api itu; dan
bahawa notis bertulis mengenai pembukaan semula landasan kereta api dan kerja-kerja itu atau pembukaan pelencongan sementara itu telah dihantar kepada
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.