Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
92. Kerja-kerja kemudahan
Feedback & supportTiap-tiap syarikat kereta api hendaklah, tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), membina dan menyenggarakan bagi kemudahan tuan punya dan penduduk tanah yang berdampingan dengan mana-mana kereta api—
apa-apa dan sekian banyak lintasan, jambatan, gerbang, pembetung dan lorong lalu yang sesuai di atas, di bawah atau di sisi atau yang menuju ke atau dari kereta api itu, yang pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat adalah perlu bagi maksud mengatasi apa-apa gangguan pada penggunaan tanah yang disebabkan oleh pembinaan kereta api itu;
segala gerbang, terowong, pembetung, parit, alur air atau lorong lalu lain yang perlu di atas, di bawah atau di sisi kereta api itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dari atau ke tanah yang berdampingan dengan atau terletak berhampiran dengan atau di tepi kereta api itu dengan semudahnya sebelum pembinaan kereta api itu atau dengan sehampir mudah yang boleh.
120 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Tertakluk pada Akta ini, kerja-kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau sebaik selepas pembentangan atau pembentukan kereta api di atas tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan dalam tanah itu atau yang terjejas oleh kerja-kerja itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah itu syarikat kereta api itu hendaklah membayar pampasan yang mencukupi kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah itu.
Sesuatu syarikat kereta api tidak dikehendaki—
untuk membuat apa-apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan suatu kereta api; atau
untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan punya dan penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka kerana tidak menghendaki supaya kerja-kerja itu dibuat.
Jika suatu syarikat kereta api telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atas jalan atau anak sungai itu, syarikat kereta api itu tidaklah dikehendaki untuk mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.