Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
97. Lintasan rata suwa
Feedback & supportSuatu syarikat kereta api boleh, mengikut budi bicaranya, atas permintaan yang dibuat oleh mana-mana orang, membina dan membuka lintasan rata suwa di mana-mana tempat di atas suatu landasan kereta api, dan boleh mengenakan syarat mengenai penggunaan lintasan rata suwa itu.
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Kos pembinaan suatu lintasan rata suwa dan sewa tahunan bagi penyenggaraan lintasan rata suwa itu hendaklah dibayar oleh orang yang baginya lintasan rata itu dibina.
Syarikat kereta api itu boleh, sekiranya orang yang baginya lintasan rata suwa itu dibina tidak mematuhi syarat yang dikenakan, atau jika suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan kereta api itu, menutup mana-mana lintasan rata suwa.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan di bawah perenggan 252(1)(tan) berkenaan dengan pembinaan, pembukaan dan penutupan dan syarat penggunaan lintasan rata suwa.