Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IV · Kereta Api
101. Permohonan bagi lesen pengendali
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana kereta api melainkan jika dia memegang suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.
Suatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.
Syor bertulis Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyatakan—
sebab-sebab bagi syornya; dan
apa-apa syarat yang pemohon sepatutnya dijadikan tertakluk padanya jika Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat mengesyorkan kepada Menteri supaya mengeluarkan lesen pengendali itu.
Menteri boleh setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu—
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada pemohon apabila dibayar fi yang ditetapkan; atau
menolak permohonan itu.
128 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Walau apa pun subseksyen (5), jika suatu skim kereta api telah diluluskan mengikut Bahagian ini, syarikat kereta api yang mengemukakan skim kereta api itu hendaklah, tertakluk pada apa-apa syarat atau kehendak yang dikenakan oleh Menteri terhadap kelulusan itu, disifatkan sebagai seorang pemohon yang layak dan sesuai bagi maksud mengendalikan kereta api yang diluluskan di bawah skim kereta api itu, dan Menteri hendaklah, apabila permohonan dibuat oleh syarikat kereta api itu di bawah subseksyen (2), meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada syarikat kereta api itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan tempoh lesen pengendali itu dan syarat yang berikut boleh dikenakan pada lesen pengendali itu:
jenis sistem kereta api dan perkhidmatan kereta api dan aktiviti yang berhubungan, berdampingan atau bersampingan yang akan dikendalikan atau diadakan oleh seorang pengendali berlesen;
fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh seorang pengendali berlesen;
tambang yang boleh dikenakan oleh seorang pengendali berlesen terhadap penumpang;
tambang muatan yang boleh dikenakan oleh seorang pengendali berlesen berkenaan dengan pembawaan barangan;
kewajipan tertentu seorang pengendali berlesen berkenaan dengan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan atau kemudahan yang diadakan olehnya; dan
apa-apa perkara atau syarat lain yang difikirkan patut oleh
Menteri.
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau
Pengangkutan Awam Darat 129
mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Pengeluaran suatu lesen pengendali kepada pemohon oleh
Menteri di bawah seksyen ini tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau
Kerajaan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran pemohon itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.